Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pre-Review Caribbean Bay Suites Gambang Resort Pahang

Pre-Review Caribbean Bay Suites Gambang Resort Pahang. Musim cuti sekolah ni, kalau ada berkesempatan boleh plan percutian dengan anak-anak ke Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Gambang Resort City merupakan salah satu kawasan percutian keluarga yang lengkap dengan Hotel, Taman Teman Air, Outdoor Fun Fair dan juga aktiviti Outdoor. MrJocko berpeluang menginap di Suites Gambang Resort ini.

Buat masa ini di Gambang Resort City mempunyai dua kawasan yang dikenali sebagai Arabian Suites dan Caribbean Suites. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda dan budget anda.

Yang pastinya di Gambang Resort City mempunyai pakej percutian yang lengkap untuk keluarga anda. Jom ke Gambang Resort City, Kuantan.

Baca : Tempat Makan Menarik Di Kuantan Pahang

Caribbean Bay Suites Gambang Resort Pahang

carribean-bay-suites-gambang-resort-01

carribean-bay-suites-gambang-resort-02
 

Nak cerita panjang lebar tentang review Caribbean Bay Suites Gambang Resort tak boleh lagi sebab belum ada kesempatan. Tapi nak share dulu sikit bahawa kalau anda ke sini, kira berbaloi jugak untuk tempoh menginap sehari dua dan dalam keluarga yang besar.

Kebanyakkan pilihan inapan di sini mempunyai bilik umpama apartment dan mempunya sekitar 2 bilik dan 3 bilik. Jadi kalau ramai-ramai datang ke Gambang Resort ni kira boleh bercuti ramai-ramai dengan rakan-rakan atau keluarga

Harga room rates di Caribbean Bay Suites Gambang Resort tak pasti, nanti kalau ada masa MrJocko akan kongsikan kemudian di laman blog MrJocko ini. Sementara itu, dapatkan maklumat lanjut di laman web rasmi mereka Caribbean Bay Suites Gambang Resort.

Bukit Gambang Resort City (BGRC) ialah sebuah bandar peranginan bersepadu yang merangkumi hutan sekunder seluas 727 ekar. Terletak secara strategik di Gambang, Pahang, ia merupakan pintu masuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan ibu kota Pahang.

BGRC juga terletak di antara banyak tarikan semula jadi dan budaya yang dicari oleh pelancong dari dalam atau luar negara.

Laluan akses mudah melalui Lebuhraya Pantai Timur, BGRC berjarak hanya 218km dari Kuala Lumpur dan hanya 35km sebelum bandar pantai Kuantan yang terkenal.

Dengan udara ke Kuantan, penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah berjarak sekitar 40 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan 65 minit dari Lapangan Terbang Changi Singapura. BGRC hanya terletak sekitar 35 minit pemanduan dari lapangan terbang.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.