Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Carrie Bac Buster Cucian Badan Dan Tangan Antibakteria

Carrie Bac Buster memperkenalkan produk baru keluaran mereka iaitu Cucian Badan Aktibakteria dan juga Cucian Tangan Antibakteria untuk penjagaan kanak-kanak. Produk terbaru keluaran Wipro Unza (M) Sdn Bhd. Produk cucian antibakteria untuk badan dan tangan Carrie Bac Buster ini adalah produk untuk melatih anak-anak dengan kebersihan dalam aktiviti seharian.

Sebagai bapa, MrJocko sendiri sedar tentang kepentingan kebersihan untuk kanak-kanak. Jika mereka tidak menjaga kebersihan, ia akan membawa banyak masalah kepada kesihatan anak-anak seperti cirit birit, masalah kulit dan juga beberapa penyakit lain akibat tubuh badan yang tidak bersih.

Produk Carrie ini terbukti secara klinikal adalah selamat dan sesuai untuk kulit sensitif anak-anak. Dengan menggunakan sabun Carrie ini, ia akan membersihkan sehingga 99.9% bakteria merbahaya untuk kebersihan kita sekeluarga, lebih-lebih lagi anak-anak.

 


Carrie Bac Buster Cucian Badan Dan Tangan Antibakteria

Carrie Bac Buster Cucian Badan Dan Tangan Antibakteria
Carrie Bac Buster Cucian Badan Dan Tangan Antibakteria

 

Carrie Bac Buster Cucian Badan Dan Tangan Antibakteria

Untuk info, produk Carrie ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas dan ia sememangnya cucian mandian dan tangan terbaik untuk melindungi anak-anak kita dari kekotoran.

Menurut Mr Edward Chan, Pengarah Pemasaran Wipro Unza (M) Sdn Bhd, “Carrie Bac Buster memberikan kegembiraan untuk anak-anak dalam imaginasi mereka. Produk ini mendidik anak-anak untuk membersihkan diri dari bakteria merbahaya dengan imaginasi Kapten Bac Buster dan Carrie (Maskot) melawan bakteria.

Produk Bac Buster Antibakteria Mandian Badan dijual dengan harga :

RM4.45 WM / RM4.65 EM untuk 90 gram

RM10.20 WM / RM 10.70 EM untuk 280 gram

RM22.55 WM / RM 23.70 EM untuk 700 gram

Produk Carrie Bac Buster Antibakteria Cucian Tangan dijual dengan harga : 

RM8.15 WM / RM8.55 EM untuk 250 gram bottle

Harga produk cucian badan dan cucian tangan Carrie Bac Buster ini termasuk GST dan boleh di dapati di kesemua pasaraya besar dan supermarket terpilih di seluruh Malaysia.

Leave a Reply Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.