Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Caruman KWSP Mungkin Di Naikkan

Semalam aku ada terbaca cerita yang pihak Kementerian Sumber Manusia pasal isu naikkan had umur persaraan dan isu naikkan caruman EPF. Pihak berkaitan bercadang untuk membentangkan balik dan mencadangkan had persaraan umur pekerja di Malaysia kepada umur 60 tahun. Ada juga cadangan mahu menaikkan caruman bulanan yang sedia ada seperti sekarang 11% daripada bahagian pekerja kepada jumlah yang lebih dari itu bagi tujuan menampung kehidupan selepas persaraan.
Secara peribadi aku setuju bahawa fungsi KWSP sedikit sebanyak ada membantu nasib pekerja di Malaysia. Cuma, sebelum Menteri berkaitan, Datur Seri S Subramaniam membentangkannya,  aku minta supaya Datuk Seri boleh pertimbangkan cadangan aku ini supaya :
1. Pulangan tahunan KWSP di harapkan di naikkan lagi setiap tahun, tidak perlu banyak, cukup sekadar 8% setahun, sama dengan pulangan ASB atau ASN. Pulangan purata 6% sebelum ini macam tak menguntungkan kami sebagai pencarum.
2. Pihak Kementerian Sumber Manusia bekerjasama dengan pihak KWSP ‘membelikan’ atau memperuntukkan Insurans Berkelompok kepada Pencarum KWSP, kerana rata-rata membayar caruman sekitar RM200 ke RM500 sebulan kepada pihak KWSP. Tidak perlu pampasan yang tinggi, dapat RM20,000 sehingga RM100,000 mengikut had kelayakkan caruman, sudah memadai.
3. Jika had umur persaraan akan dinaikkan kepada umur 60 tahun, kekalkan pengeluaran pertama pada umur 50 tahun dan umur 55 tahun seperti sediakala, bukannya sehingga umur 60 tahun.

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.