Cats Cafe Johor Bahru Makan Bersama Kucing Comel
|Peminat Kucing di sekitar Johor Bahru pasti akan terpesona jika dapat singgah di Cats Cafe Johor Bahru yang terletak di 31A Jalan Abdul Samad Lorong 2C, 80100, Johor Bahru. Satu kafe baru yang unik, kafe yang menyediakan ruang makan konsep santai bersama Kucing-kucing comel di dalam restoran khas.
MrJocko sempat singgah di Cats Cafe Johor Bahru ini pada Jumaat, 26 September 2015 ketika pulang bercuti di Johor Bahru.
Restoran Cats Cafe Johor Bahru

Sebaiknya, jika nak datang ke Cats Cafe Johor Bahru ini, anda boleh menempah awal dengan membuat reservation terlebih dahulu. Ini kerana ia mengelak daripada masa menunggu yang lama. Setakat ini, boleh dikatakan agak ramai pelanggan yang singgah di sini dan jika ia terlalu ramai, pihak Cats Cafe menghadkan kepada hanya 1 jam bagi setiap pelanggan.
Restoran Cats Cafe Johor Bahru
Anda berpeluang untuk merasai pengalaman makan dan minum sambil melayan dan melihat telatah comel kucing-kucing yang ada di Cats Cafe Johor Bahru. Setakat ini, MrJocko diberitahu pihak Cats Cafe Johor Bahru mempunyai sekitar 35 ekor kucing yang dipelihara di dalam kafe ini dan setiap kucing yang ada di dalam kafe ini dijaga dengan sebersihnya serta dibiarkan berkeliaran di dalam kafe mengikut jadual yang tertentu.
Ada banyak jenis kucing yang boleh anda lihat di Cats Cafe Johor Bahru ini termasuk baka kucing Munchkin, Parsi, British Short Hair, Maine Coon, Bengal dan juga kucing kampung biasa. Semuanya dijaga dengan baik dan jinak untuk melayani anda di Cats Cafe.
Jangan bimbang, tiada bau yang tidak menyenangkan serta kebersihan kucing ini dijaga sebaiknya untuk keselesaan anda, pelanggan Cats Cafe JB. Anda sebagai pelanggan dikehendaki membersihkan tangan sebelum memasuki ruang restoran dan hanya dibenarkan mengusap kucing sahaja, dan tidak boleh mendukung atau memegang kucing dengan kasar bagi mengelakkan sebarang kemungkinan.
Pengalaman di Cats Cafe memang best tambah lagi dengan pelbagai menu yang best, disediakan oleh chef yang terbaik sebagai hidangan untuk anda sekeluarga.
Kalau ke Johor Bahru, jangan lupa singgah di Cats Cafe JB. Maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.catscafe.com.my atau Facebook Fanpage Cats Cafe JB. Ia dibuka dari jam 1.00 petang sehingga jam 9.00 malam dan di tutup pada setiap hari Rabu.