Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam Over Rated Tak Sedap

Minggu lepas singgah sini sebab member-member buat TTS di area Seksyen 24 Shah Alam. Sebab senang nak jumpa, kami set untuk singgah di Medan Selera Seksyen 24 Shah Alam. Kat sini, katanya famous dengan Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam. Frankly speaking, Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam Over Rated Tak Sedap.

Tak tahulah sebab apa ramai sanggup beratur panjang semata-mata nak cuba Cendol Durian yang terkenal. Meh MrJocko kongsi pandangan sendiri Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam. Ini pandangan snendiri, ikhlas dan bukan ada niat untuk burukkan sesiapa.

Memandangkan kedai Cendol Durian di Gerai Makan Seksyen 24 Shah Alam ni semakin menjadi viral, tak salah kalau nak mencuba. Tetapi, kalau ditanya balik, menyesal jugak la singgah makan kat sini. Hahaha…

Baca : Makan Cendul Durian Murah di Kuala Lumpur

 


Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam Over Rated

Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam
 

Baca : MrJocko dan Food Review

Untuk merasa Cendol Durian Shah Alam ni, anda kena beratur panjang untuk mengambil pesanan. Mungkin masa menunggu setiap seorang sekitar 30 minit semata-mata untuk membuat pesanan. Setiap pesanan akan diberikan nombor bagi memudahkan pesanan dihantar.

Sekitar 15 hingga 30 minit lagi diperlukan untuk anda menunggu mendapatkan Cendol Durian di atas meja anda.

Bila dah sampai, inilah masa yang anda tunggu-tunggu. Satu jam menunggu untuk semangkuk Cendol Durian Shah Alam ni agaknya berbaloi tak?

Review Cendol Durian Shah Alam

 

Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam Cendol Durian Seksyen 24 Shah Alam

Makan Durian Cendol Seksyen 24 Shah Alam

Inilah rupa Cendol Durian Seksyen 24. Pertama kali cuba, terus rasa menyesal. Ingatkan rasa yang Wow!!! Tetapi rasa biasa-biasa sahaja. Untuk harga cendol durian Shah Alam, rasa cendol durian dan environment, tidak berbaloi dengan apa yang dibayar.

Maaf bukan nak mengutuk, tetapi cendol durian di Gerai Makan Seksyen 24 Shah Alam ni MrJocko klasifikasikan sebagai Over Rated oleh sesetengah pihak.

MrJocko peminat Cendol, MrJocko juga peminat Durian. Rasa durian yang tawar dengan Cendol yang biasa tidak la memberikan nilai popular sebenar Cendol Durian Shah Alam.

Mungkin anda suka, tapi maaf lah, pertama kali cuba dan ia mungkin kali terakhir MrJocko makan Cendol Durian di Shah Alam. ‘This is Not For Me’ dan mungkin menu lain di Medan Selera Seksyen 24 lebih menarik untuk dicuba.

Anda dah cuba Cendol Durian di Gerai Makan Seksyen 24? Kalau dah cuba, mohon komen dan bagi pendapat anda sendiri. Terima kasih…

Lokasi Seksyen 24 Shah Alam Selangor

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.