Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Cendol Sedap Kuala Lumpur Semestinya Cendol BMI

Ketika musim PKP ini, orang Malaysia ramai yang hanya mampu duduk rumah dan makan. Kami juga terkurung dirumah sejak awal tahun akibat PKP. Sebab bosan, kali ni kami nak buat Food Review Cendol Sedap Kuala Lumpur. Ada banyak cendol yang dijual di sekitar Kuala Lumpur tetapi yang paling unik semestinya Cendol BMI. Cendol yang mula jadi terkenal dan viral sejak 1985 lagi, resipi turun temurun orang Melayu kita dengan citarasa asli authentic Malaysia.

Kalau makan menu asli orang Melayu macam ni, mesti kita nak rasa yang original, rasa buatan orang kampung. Barulah kita akan ingat kenangan menu orang Melayu yang sebenar. Kalau menu makanan moden, senang sahaja nak cari, tetapi kalau menu Cendol Sedap seperti ini, hanya yang pakar sahaja tahu cara masak dan cara hidangnya.

Baca : Kempen Membeli Produk Buy Muslim First dan Buatan Malaysia

food review cendol sedap kuala lumpur

 


Food Review Cendol Sedap Kuala Lumpur Semestinya Cendol BMI

cendol-sedap-kuala-lumpur-cendol-bmi-01
Asalnya kami nak order pisang goreng, tapi anak-anak kata dah bosan. Biasa sangat. Jadi, kami Google la kat internet. Scroll kejap tiba-tiba nampak gambar Cendol. Adoi,,, meleleh rasa. Buat carian Cendol Kuala Lumpur, sekali terjumpa gambar Cendol BMI di Bukit Bintang.

Memandangkan musim PKP, tak nak jalan jauh, kami cuba minta untuk delivery. Alhamdulillah, mereka ada buat servis ini dengan kerjasama Rider Delivery. Apa lagi, kali ni kami nak try menu Cendol original ini dengan beberapa perisa yang mereka jual.

Kami try satu cawan Cendol Asli, satu cawan Cendol Kacang, satu cawan Cendol Biscoff dan special satu cawan Cendol Durian. Total cuma RM38 sahaja, tak perlu nak risau pasal Covid-19, mereka hantar ke rumah.
 

cendol-sedap-kuala-lumpur-cendol-bmi-03
 

cendol-sedap-kuala-lumpur-cendol-bmi-04

cendol-sedap-kuala-lumpur-cendol-bmi-02
 

Penghantaran Fast Delivery, order jam 3.05 petang, cendol dan mee goreng sampai rumah sekitar 3.25 petang. Maklum lah, kami duduk kawasan Kuala Lumpur saja, tak jauh dari Bukit Bintang.

Paling teruja dengan air cendol ni semestinya anak-anak. Untuk rasa Cendol Asli, ia campuran cendol dan jagung. Cendol Kacang pula adunan cendol, jagung dan kacang merah. Yang lain sikit ialah cendol durian yang di tambah dengan durian premium untuk rasa yang asli dan pastinya terbaik. untuk menu cendol Biscoff ni, pertama kali kami cuba, dengan tambahan biskut biscoff. Nanti boleh cuba yer…
 

Lokasi Cendol Sedap Di Kuala Lumpur

cendol-sedap-kuala-lumpur-cendol-asli
Cendol Asli BMI
cendol-sedap-kuala-lumpur-cendol-jagung-2
Cendol Jagung
cendol-sedap-kuala-lumpur-durian
Cendol Durian
cendol-sedap-kuala-lumpur-biscoff
Cendol Biscoff

cendol-sedap-kuala-lumpur-aloe-vera
Cendol Aloe Vera

 

Untuk menu cendol BMI original ni, paling anak-anak suka ialah menu Cendol Durian yang sedap. Paling unik rasa Cendol Biscoff. Berbaloi cuba, tak ada menyesal dengan rasa yang sangat authentic.

Oh ya! Kat sini juga ada jual Mee Goreng Mamu yang popular di Kuala Lumpur. Mee Goreng ni nampak sama macam mee goreng mamak, tetapi percaya lah, rasa dia lagi best, sedap dan lebik unik dari mee goreng mamak.
Mee-Goreng-Sedap-Mamu
 

Merujuk pada informasi dalam Facebook dan lama sosial Cendol BMI ini, mereka menggunakan resipi sendiri dengan bahan-bahan tradisional untuk membuat sendiri bahan asas seperti cendol dan gula merah. Semuanya resipi turun temuran dari keluarga yang telah terkenal sejak tahun 1985. Pemiliknya Mohd Ismail Basha, bermula di Pekan Nilai lama dan kemudian mengembangkan outlet mereka di MesaMall Nilai dan terbaru di Kiosk Cendol BMI Restoran AlSarifa Bukit Bintang.

Kalau anda nak tahu menu apa lagi yang ada di kedai Cendol paling sedap di Kuala lumpur ini, boleh tengok pelbagai menu mantul, pilihan sedap dan terbaik di laman Facebook mereka Cendol BMI Bukit Bintang Kuala Lumpur.
 

logo-cendol-sedap-cendol-bmi-nilai
 

Media Sosial Instagram : cendolbmi1985bukitbintang

Untuk tempahan, boleh terus hubungi mereka di talian teledon atau Whatsapp 60162522272

Nota Kaki :
Artikel ini menyokong Kempen Buy Muslim First dan Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia. Dari Malaysia Untuk Rakyat Malaysia.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.