Morning Bangkok! Kali ini MrJocko kongsi Live Update dari bilik hotel Centara Grand Central World Bangkok. FAM Trip kali ini, kami berpeluang menginap di salah satu hotel yang terbaik di Bangkok, memang sesuatu yang mengujakan. Hotel mewah ini terletak di lokasi tengah-tengah kota Bangkok yang memang awesome.
Di Centara Grand Hotel yang terletak di sebelah dengan shopping mall Central World, lobi dan kaunter utama pendaftaran Check in dan Check out berada di tingkat 23. View kat sini dah memang cantik. Selepas pendaftaran, baru anda menaiki lift menuju bilik masing-masing.
Baca : Centara Grand Hotel Bangkok Website
Kali ini MrJocko diberikan bilik di tingkat 40 dan menghadap bandar Bangkok yang cantik. Bilik Deluxe World ini mempunyai satu katil bersaiz Queen, meja dan kerusi membaca, almari, mini bar, kerusi rehat dan bilik air dan tab mandi yang luas. Memang hotel terbaik la,,,
Baca : Tempat Menarik di Bangkok Thailand
Semestinya setiap bilik dilengkapi dengan TV dan channel antarabangsa. Untuk harga bilik Deluxe World seperti yang MrJocko inap ini berharga sekitar RM350 untuk pakej 2 hari 1 malam bersama 2 pax sarapan pagi.
Di Centara Grand Central World ada pelbagai kemudahan seperti bilik single, double, family malah suite terbaik. Ada kemudahan fitness centre, spa, swimming pool, sky bar di tingkat 55 yang menyediakan pemandangan cantik seluruh Bangkok dan banyak lagi.
Jadi kalau anda cari hotel terbaik dan cantik di Bangkok, anda mesti cuba untuk rasai pengalaman di Centara Grand Central World Bangkok. Terima kasih buat Mastercard dan Central Department Store Limited atas tajaan penginapan MrJocko kali ini. Mesti akan ke sini lagi untuk trip ke Bangkok.
Jangan lupa gunakan Mastercard anda untuk dapatkan promosi terbaik di Centara Grand Central World, Central Department Store dan juga Zen Store. Nikmati pengalaman membeli belah dengan 10% diskaun di semua store dan 7% Tax Refund bila anda guna Mastercard.
Facebook : www.facebook.com/MrJockoDotCom
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko
[…] pertama sampai di Bangkok, selepas check-in di bilik hotel Centara World Bangkok, kami di bawa untuk makan tengahari di salah satu restoran terkenal di Bangkok. Ia merupakan […]
[…] oleh pihak Central Department Store Ltd Thailand dan juga Mastercard. Bermula dengan check-in Hotel 5 Bintang terbaik di Bangkok, Centara Grand Hotel, kemudian makan tengahari di Greyhound Cafe dan kemudian di bawa ke Shopping Mall premium Central […]
[…] yang sudah membaca entry MrJocko tentang FAM Trip Bangkok Chiang Mai, Review bilik Centara Grand Central World Bangkok, Greyhound Cafe Central World dan juga Chao Phraya Boat Espress Cruise di Bangkok. Ada member dan […]
[…] yang sudah membaca entry MrJocko tentang Media Trip Bangkok Chiang Mai, Review bilik Centara Grand Central World Bangkok, Greyhound Cafe Central World dan juga Chao Phraya Boat Espress Cruise di Bangkok. Ada member dan […]