Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cepat Raya Memang Senang Di Courts Malaysia Meriah

Sejak dari dahulu lagi, kalau tiba musim perayaan, kedai jualan kelengkapan peralatan rumah Courts Malaysia menjadi tumpuan ramai. Mana lagi nak cari pilihan perabut, barangan alat elektronik, dapur kabinet serta alatan gajet atau barangan IT. Semua ada di Courts Malaysia dan kini mereka sedang rancak dengan promosi diskaun murah ‘Cepat Raya Memang Senang‘ sepanjang musim perayaan ini.

MrJocko sempat singgah di Courts Bandar Sri Damansara yang berwajah baru dan mempunyai pelbagai pilihan barangan yang menarik untuk hari raya.

Cepat Raya Memang Senang Courts

 

cepat_raya_memang_senang_courts

 

MrJocko sendiri adalah salah seorang dari pelanggan Courts Malaysia. “Memang Senang” kalau nak shopping di Courts, asalkan anda tahu memilih dan memberikan priority kepada keperluan anda. Jangan amalkan membeli tanpa perancangan. Kerana nanti kita cenderung nak beli benda yan tak penting.

Antara TIPS untuk anda kalau nak beli di Courts Malaysia :

1. Beli barangan yang anda perlu di masa promosi yang ditawarkan. Contohnya sekarang, sempena kempen ‘Cepat Raya Memang Senang’ ada banyak pilihan harga murah, diskaun barangan perabut dan elektronik sehingga 80%

2. Beli mengikut kemampuan anda. Jangan ikutkan hati. Memang kalau lihat barangan yan gditawarkan di Courts, semua benda anda nak beli. Tetapi, fikir dulu mana yang penting, baru beli.

3. Jika anda punyai wang tunai yang banyak, tidak salah kalau membelinya secara Cash. Tetapi di Courts, ia lebih kepada ‘peluang anda untuk memiliki barangan dengan cara kredit’. Sebaiknya, pilih barangan yang harganya tidak membebankan anda.

4. Bila permohonan kredit anda sudah diterima, pastikan anda membayar ansuran bulanan dengan sebaiknya. Jangan la sampai tertunggak.

5. Jika anda punyai wang tunai RM1,000, ingin membeli barangan bernilai RM1,500, antara cara terbaik, anda boleh lakukannya dengan kredit. Saya cadangkan bayar Deposit RM500, selebihnya RM1,000 boleh buat pembayaran secara kredit selama dari 6 bulan hingga 5 tahun. Kalau boleh buat dalam masa 3 tahun maksima. Lagi cepat lagi bagus. Duit lebihan RM500 yang masih ada, boleh anda simpan untuk kegunaan lain.

cepat_raya_memang_senang_courts cepat_raya_memang_senang_courts_06 cepat_raya_memang_senang_courts_07

Courts Malaysia

Ada lebih 62 cawangan Courts di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Courts memang sudah lama di Malaysia dan dari dahulu lagi menjual produk-produk berkualiti kepada pelanggan mereka. 

Lagipun, di semua outlet Courts Malaysia, mereka memberikan jaminan harga terendah dengan 30 hari ‘hassle-free’, pertukaran dan pemulangan balik. Ia juga termasuk kelebihan tempahan produk sehingga 14 hari. Untuk yang tak sabar untuk mendapatkan barangan Courts, penghantaran sepantas 5 jam untuk kawasan Lembah Klang. Tambahan lain termasuk lanjutan waranti sehingga 10 tahun. Menarik lagi, kelulusan 100% Courts FLEXICREDIT untuk pembelian RM1000 ke atas.

cepat_raya_memang_senang_courts #memangsenang

Cepat Raya Memang Senang

Area Kuala Lumpur, MrJocko pernah ke Courts Bandar Sri Damansara, Courts Subang USJ, Courts Petaling Jaya dan juga Courts Setapak. Masing-masing punyai bangunan yang luas dan pilihan barangan yang boleh anda pilih dari ruang tamu, bilik tidur, bilik air, dapur dan juga perabut untuk pejabat.

Musim raya seperti bulan Ramadhan ini, lagi menarik jika melihat koleksi sofa, koleksi ruan tamu, koleksi peralatan memasak kuih dan banyak lagi lah!!!

Biasanya ramai yang akan sangkut di ruangan ruang tamu, semstinya di bahagian prabut sofa. Di Courts Malaysia, mereka mempunyai designer sofa yang memang mempunyai citarasa tinggi. Anda kenal dengan Lawrence Llewelyn, Celebrity Designer? Dia lah antara designer yang mereka bentuk sofa-sofa di Courts Malaysia. Sebab itu semunya cantik, bercitarasa tinggi dan berkualiti.

cepat_raya_memang_senang_courts cepat_raya_memang_senang sofa_di_courts

Perabut di Courts Malaysia

Dengan membeli perabut sofa di Courts, anda boleh customize warna dan corak sofa mengikut kemahuan dan kesesuaian yang anda mahu. Pilih jenis sofa mana, kemudian pilih corak yang anda mahu. Mudahkan??? Memang Senang #MemangSenang #CourtsMY

Selesa kalau tidur atas tilam Dorma dari London ini. Ia ada dijual di outlet Courts Malaysia. Ni kalau tidur, memang lena tak hingat 🙂

cepat_raya_memang_senang_courts

Kalau nak share lagi, banyak yang ada di sini. Pilihan set bilik tidur, pilihan mesin basuh, peti ais, aircond, kipas dan banyak lagi benda lain ada di Courts. Untuk anda yang sukakan Drone, kat sini pun ada jual Drone DJI Phantom 3 dan Phantom 4. Wow!!!

Nak singgah sekali lagi dengan wife hujung minggu ni. Ingat nak gantikan tilam dan juga peti ais. Nak beli sendiri taku nanti wife tak berkenan dengan design yang MrJocko pilih. Pilihan banyak, tetapi orang lelaki macam MrJocko, mana reti memilih sangat 🙂

Sementara itu, lihat dulu apa lagi tawaran yang menarik di promosi hari raya Courts Malaysia ‘Cepat Raya Memang Senang’. Anda pun boleh la tengok-tengokkan sekali di laman web Courts Malaysia atau di Facebook Fanpage Courts Malaysia

Harga Promosi Cepat Raya Memang Senang

 

promosi_murah_courts_malaysia harga_promosi_murah_courts_malaysia promosi_murah_courts_malaysia

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.