Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Afdlin Berani Punya Budak

Pada peminat cerita melayu dan peminat Afdlin Shauki, korang mesti tak boleh lepaskan filem terbaru beliau yang bertajuk “Berani Punya Budak”. Filem ini banyak shoot kat Thailand dan banyak unsur-unsur teknik filem Thailand jugak.
Aku teringin nak tengok, tapi belum ada kesempatan nak ke pawagam. Salah satu sebab aku nak tengok pasal poster filem ni, lebih kurang design game dari PS2 Grand Theft Auto yang sememangnya famous dengan kekacauan, keganasan dan huru hara. Adakah filem ini macam tu jugak?
Macam aku cakap, aku tak tengok lagi. Tetapi aku ada baca review filem Berani Punya Budak ini di web OhArtis. Antara review yang di tulis aku pastekan di sini.
“Shuhaimi Abdullah atau Tong dan adik iparnya, Pairog baru tiba di lapangan terbang tetapi sudah ditangkap oleh pihak interpol. Mereka di dakwa ada kaitan dengan kegiatan gengster Thailand.
Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit.
Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong.
Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan.”
Antara pelakon yang terbabit termasuklah Afdlin, Awie, Nabil Raja Lawak, Sharifah Sofia, Riezman dan ramai lagi. So, bila aku nak ke panggung wayang tengok citer Berani Punya Budak ni?
Kredit : OhArtis

Glamorous MrJocko

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.