Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Bercuti Di Cameron Highlands

Citer dah basi pun…

Aku ke Cameron Highlands pegi jalan2 pada bulan Julai 2009. Lama sangat tak dtg sini. Aku rasa last aku datang bercuti ke Cameron Highland pada tahun 2005. Hampir 4 tahun.

Kali ni, aku ikut Simpang Pulai. Jauh sikit, tp jalan ok. Tak der la bengkang bengkok cam ikut tapah. Kalau korang ikut Tapah, pening sekalian alam aku rasa. Tak abis2 bengkok dr awal naik sampai la ke Cameron.

Aku sampai Cameron dah tengahari, Sabtu. Patut Jumaat petang atau malam lagi masuk. Tp pasal malas nak drive malam, tunggu la siang hari. Sampai jer, pegi ambik kunci resort. Konon aku pakai baju sejuk, alih2 kuar, tak sejuk pun.

 

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron HighlandsBercuti Di Cameron HighlandsBercuti Di Cameron HighlandsBercuti Di Cameron HighlandsBercuti Di Cameron Highlands

 

 

 

Lepas ambik kunci, baru la ke Strawberry Park, tempat kami menginap. Resort ni memang luas. Bilik memang ader 3. Tp, dah aku satu family jer, pakai satu bilik jer la. Kebetulan yg lain tak leh ikut. Adik aku ader hal. Sepupu sepapat aku lak, tak leh cuti.

 

 

Bercuti Di Cameron Highlands

Lepas rest kejap, kul 5.oo petang baru kuar resort. Kami jalan2 ke Taman Strawberry. Dah dekat malam baru kuar ker Pasar Malam Brinchang, Cameron Higland. Carik makanan utk dinner. Memang syiok pasar malam sini. Feveret wife aku Cendawan Goreng. Aku lak, teruja tgk Udang dan Ketam Goreng tepung. Sedap ooo…

 

Malam aktiviti tak der. Duk umah tgk Astro jer la…

 

Esok dah nak balik, cepat betul…

5 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.