Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Khun Chang Khun Phaen Jadi Mural Dinding Wat Palelai

Kisah Lagenda ini menjadi bualan dari satu generasi ke generasi yang lain. Ini Cerita Khun Chang Khun Phaen yang kini menjadi lukisan mural dinding Wat Palelai. Cerita ini, cerita Cinta Tiga Segi antara Khun Chang hartawan yang kaya tetapi botak dan tak handsome, Khun Phaen seorang yang kacak, berani dan pahlawan Thai berebutkan seorang wanita cantik bernama Nang Phim.

Kalau nak tahu kisah cerita penuh Khun Chang Khun Phaen, boleh baca di blog ini https://khuncharngphaen.wikispaces.com/Summary.

Baca : Tempat Menarik Di Thailand

 



 

Cerita Khun Chang Khun Phaen

Cerita Khun Chang Khun Phaen
 

Wat Palelai adalah satu lagi kuil di Suphanburi yang agak terkenal. Ini kerana tarikan lukisan mural cerita lagenda Khun Chang Khun Phaen yang jadi lukisan Mural di dinding Wat Palelai. Lukisan ini menceritakan lagenda tersebut dan anda boleh membaca kisah ini bersama dengan lukisan mural di dinding tersebut.

Ternyata, tarikan utama pelancong di kuil Wat Palelai ini adalah mural dinding yang menggambarkan kisah hidup General Thai yang terkenal Khun Paen. Lukisan yang cantik dan lain dari yang lain. Katanya ia memakan masa bertahun untuk disiapkan.

 

wat palelai suphanburi
Wat Palelai Suphanburi

 

Susunan gambar lukisan mural ini diletakkan di dinding kaki lima di perkarangan Wat Palelai untuk tontonan umum.

 

wat palelai

khun chang khun phaen story khun chang khun phaen story khun chang khun phaen story khun chang khun phaen story

 

Khun Chang Khun Phaen (Thai: ขุน ช้าง ขุนแผน) adalah sebuah puisi Thai epik yang berasal dari legenda cerita rakyat Thai dan merupakan salah satu daripada kerja-kerja yang paling ketara dalam kesusasteraan Thai. Chang dan Phaen adalah watak-watak lelaki utama, dan “Khun” adalah gelaran feudal junior diberikan untuk rakyat biasa lelaki.

Cerita ini adalah cinta tiga segi klasik, yang berakhir dengan tragedi. Khun Phaen (kacak tetapi miskin) dan Khun Chang (kaya tetapi hodoh) bersaing untuk Nang Phim yang cantik dari zaman kanak-kanak selama lebih lima puluh tahun.

Perebutan untuk mendapatkan gadis ini melibatkan dua perang, beberapa penculikan, pemberontakan, pengalaman pahit, penjara dan pengkhianatan.

Puisi itu telah diturunkan pada abad kesembilan belas, dan edisi bercetak standard yang diterbitkan pada 1917-1918. Kalau nak tahu cerita penuh, boleh baca buku dan juga tonton filem tersebut yang dikaryakan dalam bentuk filem epik Thailand.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.