Cerita Lama ke Tangkuban Perahu, Bandung
|
Masa aku duk search entry lama, aku baru perasan, salah satu entry untuk Tangkuban Perahu, tak ada. Yang ada hanyalah satu entry yang sangat pendek. Masa tu aku malas menulis gamaknya So, apa kata aku share balik cerita ke Tangkuban Perahu di Bandung, Indonesia.
Trip ke Bandung kali ini, merupakan trip aku yang kedua dan kali ni kami datang satu keluarga. Bawak wife dan anak-anak untuk kenal Bandung, salah satu tempat shopping terbaik yang pernah aku jumpa. Kenapa terbaik, kerana di sini banyak benda yang korang boleh beli dengan harga yang murah dengan kualiti yang sangat baik.
Bebalik pada cerita Tangkuban Perahu, di sini merupakan salah satu tarikan utama kalau korang ke Bandung. Ada cerita lagenda tang tersembunyi di sebalik kewujudan nama Tangkuban Perahu ini, yang mana cerita yang di bawa dari mulut ke mulut sebagai sejarah berterusan penduduk di sini. Cerita bagaimana Sankuriang dan Ibunya dan bagaimana kawah gunung berapi ini boleh di beri nama Tangkuban Perahu. Anda boleh baca di entry aku sebelumnya atau tanya PakCik Google.
Dari bandar Bandung, nak ke Tangkuban Perahu, korang mesti naik kereta atau memandu sendiri. Aku nak senang, sewa kereta dan pemandu untuk sehari, dan kami minta bawakan kami ke sini. Jauh nya cuma 25 kilometer sahaja dari Bandung.
Kawasan puncak Tangkuban Perahu ini sebenarnya masih punyai kawah guning berapi yang masih aktif. Tetapi ia masih terkawal dan katanya ia selamat untuk di lawati. Bagaimana dan camana, aku tak reti nak explain. janji tempat itu selamat, aku rasa berani nak singgah. Malah ada kawasan yang korang boleh masak telor sampai masak dan juga boleh bermain lumpur gunung berapi untuk tujuan kesihatan katanya.
Oleh kerana kawasan puncak Tangkuban Perahu ni sebenarnya tinggi, kawasan sini memang dingin. Walaupun nampak panas, tetapi aku suka dengan kesejukkan udara kawasan ini. Jauh lebih sejuk dari Cameron Highlands atau Genting Highlands di Malaysia.
Pemandangan di sini memang cantik, memang menawan dan sejuk mata memandang. Kalau boleh lepak kat sini lama pun tak apa, tak akan bosan. Cuma di sini tak banyak tempat untuk kita duduk atau untuk beristirehat. Yang ada cuma gerai gerai jualan baju, gifts, kraf tangan dan juga kedai makan.
Cuma berhatihati jika ingin membeli gifts atau barang-barang yang di jual di sini kerana kebanyakkan barang mungkin boleh di beli di pekan Bandung dengan harga yang jauh lebih murah. Elakkan membeli dengan penjual-penjual yang menjaja kerana anda mungkin akan di tipu.
Dah lama dah aku ke Bandung, ingat tahun depan ingin ke sana lagi. Mungkin boleh shopping dan ke Taman Tema di sana yang khabarnya baru di buka pada tahun lepas. Jom ke Bandung…
MrJocko.com