Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Raya 1 – Balik Kampung

Sabtu pagi semua dah ready. Memang option aku gerak dr umah jam 7.00am. Tp pasal smua lambat bangun, kitaorang lewat sejam.
Dr umah gerak jam 8.00am. Terus menghala Shell sebelum tol Gombak. Beli sarapan, isi minyak dan isi air kereta. Trus gerak sampai tol Bentong. Pasal lps kluar jer dr bayar tol aku tengok dah berderet keta, bersusun nak masuk pekan Bentong, aku dah agak mesti jammed teruk area tu. Nak tak nak aku tukar haluan terus menuju Karak Highway dan masuk Pantai Timur Highway.
Dr Karak terus hala ke susur keluar Jabor. Alhamdulillah smua ok. Cuma, dr masuk highway, hujan dah mula turun renyai-renyai. Lepas tol Jabor, masuk ke Cherating area, jalan dah mula gerak slow. Area Paka, air dah naik sehingga paras satu kaki. Kena drive slow2. Kendian dr situ sampai ke Kuala Abang dan Kelulut, jalan memang merangkak2. Penat betul. Aku dah plan naktukar haluan ikut Jerangau dan Kuala Berang, tp sib baik dengar Radio Trengganu FM, jalan area tu di tutup plak pasal banjir. So, terpaksa la redah jer jalan jammed tu.
Berakhir kat Kelulut, kami singgah makan. Masa tu dah kul 5.00pm. Lama betul. Lps smua dah kenyang, kitaorang gerak balik trus ke Kuala Terengganu. Sib baik jalan dah OK, cuma hujan makin lama makin lebat. Sehinggala masa nak lepasi Jalan Sungai Tong, tayar keta aku pancit lak. Terjatuh dlm lubang kat tengah2 jalan. Hampes. Sib baik bawak slow. Nak tak nak dlm ujan lebat, kena kluat tukar tayar. Lencun aku time tuh. Sejuk lak tu. Dah la masa tu jam 8.00pm.
Lps tukar tayar, aku tukar baju lak. Pakai baju baru dan trus drive. Masih ader lagi 200km nak sampai umah aku. Jauhnyerrr… Sib baik pastu smua ok, dan selamat sampai kampung aku jam 10.00pm. Lepas jer mandi siap smua, aku trus lelap. Penatnyerrr…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.