Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cerita Raya 2 – Sebelum Raya

Pagi dah bangun. Maklum la kat Kampung ni kena bangun awal, lepas solat trus belh gi sarapan kat kedai cousin aku. Lama dah rindu nak makan Nasi Berlauk. Ader lauk ayam bakar, percik, ikan gulai, ikan pedas dll. Pastu lak, bleh pekena Roti Canai yg Mak aku buat. Sedap ooo,,, kena lak selalu aku makan Roti Canai Telur dgn 2 bijik telur atau 3 bijik telur. Kasi garing sikit, pastu cicah kuah sambal. Perghhh,,, sedap.

Tghari skit kitaorang kemas umah. Pastu layan si Khalish dan Kiki main anak ayam depan umah. Biasa la budak bandar, jarang dapat main pasir.

Sebelah petang, baru aku keluar ke pekan Melor. Nak cari kedai tayar nak tampal tayar yg bocor semalam. Alih2 masa kat kedai tayar, tokeh tu ckp dah tak leh nak tampal dah. Total loss. Memang bocor luas, pastu lak, sebelah tepi. Ermmm betul ker ni? Adusss,,, dugaan. Kena la ganti tayar baru. Terbang lagi duit. Bila di tanya sebijik dia jual RM165. Mak aiii,,,

Nak tak nak terpaksa la. Kalau tak esok kedai dah tutup. Lusa belum tentu bukak. Tayar yg bocor tu aku ambik bawak balik buat kenangan. Aper tak nyer, baru aku tukar 3 hari lepas, cepat betul rosak. Paling aku tak puas hati, pasal jalan raya kat Malaysia ni. Tak sah kalau tak der lubang. Tak tau la silap saper? Org yg bagi duit suh buat jalan ker, atau org yg buat jalan. Kualiti jalanraya kat malaysia ni teruk sangat. Tax kena bayar. Mcm2 kena bayar. Mentang2 la jalan tak kena tol, buat caca merba jer… huh!

On da way nak balik, aku terpaku lak tgk iklan ni… Sure kat KL tak der. Agak2 korang saper minah tu??? Jeng jeng jeng…
2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.