Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Masih Permulaan Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam

Trip Murah ke Vietnam
Setelah 2 jam naik flight, akhirnya kami sampai di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. tepat jam 9.00pm waktu tempatan. Tidak la lewat sangat dan kira ia masih lagi senang untuk dapatkan teksi dan pengangkutan ke bandar Ho Chi Minh. Ini permulaan cerita Trip ke Ho Chi Minh Vietnam.
Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam

 

Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam
Urusan imigresen nampak OK dan peramah. Urusan bagasi pun nampak lancar dan beg kami masih ok dalam keadaan selamat, tidak pecah atau rosak. Terus keluar dan kebetulan driver dari hotel sudah menunggu di luar. Nasib baik, pakej yang MrJocko beli mempunyai servis Airport Transfer PERCUMA ke bandar Ho Chi Minh.
Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam
Untuk info, Airport dengan bandar Ho Chi Minh tidak la jauh mana. Dan, perjalanan dari airport ke Mifuki Hotel tak lah jauh. Kira-kira 7 kilometer sahaja. Selang 15 minit kami sampai hotel. Check-in terus dan masuk bilik.

 

Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam

 

Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam
Kalau korang tengok harga bilik, memang mahal la. Tapi aku adpat diskaun 50%. Kira harga yang sangat-sangat Ok dan murah. Aku ambik Deluxe City View.

 

Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam

 

Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam

 

Cerita Trip Ho Chi Minh Vietnam
Ada aircond, katil besar, bilik air ada tub mandi, ada TV LCD, Cable TV, Sofa dan Peti Ais. Paling penting bila bawak kanak-kanak, kena ada Cerek Elektrik, senang nak masak air.
Dah sampai, mandi siap-siap dah jam 11.00pm. Nak keluar boleh lagi, tapi aku malas. Tunggu esok jer la. Malam ni duk bilik jer. Aku on Wifi PERCUMA dan Google tempat-tempat menarik yang akan menjadi tujuan destinasi keesokkan hari nya… 🙂

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.