Cerita Trip Musim Bunga Ke Tokyo 2024
|Selepas 4 tahun terputus hubungan dengan negara Jepun, kini tiba masa aku nak Cerita Trip Musim Bunga Ke Tokyo 2024. Pakej ini merupakan pakej istimewa kerana ia umpama penutup Musim Bunga Sakura di negara Matahari Terbit. Kali ini kami akan meneroka laluan baru dengan pemandangan Gunung Fuji dan juga pengalaman menginap di sebuah hotel 4 Bintang di negara Jepun.
Ironi percutian kali ini lebih membawa nasib baik kami semua kerana diawal perjalanan lagi menuju ke Fujiyama, kami diberikan peluang untuk melihat puncak Mount Fuji dan juga limpahan ribuan pokok-pokok Cherry Blossoms di tanah tinggi terkenal di Tokyo ini.
Baca : Best Ke Musim Bunga Sakura di Jepun?
Cerita Trip Musim Bunga Ke Tokyo 2024
Lebih menarik perjalanan kami kali ini ditemani oleh Penerbangan Rasmi Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
Jika anda lepas ini datang ke Tokyo, ambillah pengalaman sekali seumur hidup untuk ke kaki Gunung Fuji termasuk ke kawasan Lake Kawaguchiko dan juga Hakone Valley. Insya-Allah, ia sangat berbaloi…