Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cermin Mata Murah Berkualiti Eye Smart Optical Sungei Wang Plaza

Sebenarnya sejak dulu lagi, saya ada masalah silau. Namun sebab malas nak pakai cermin mata, saya biarkan saja. Kesannya, ia beri ketidakselesaan bila memandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Minggu lepas, saya tekad nak kena pakai juga. Ada rakan pernah beritahu ada kedai Cermin Mata Murah Dan Berkualiti Eye Smart Optical Sungei Wang Plaza, saya singgah untuk tengok dan lihat sendiri apa yang mereka ada.

Terletak di Ground Floor Sungei Wang Plaza, berhadapan dengan eskelator, dari jauh sudah nampak 2 lot kedai tertulis Eye Smart Optical berwarna biru. Kelihatan tertera harga promosi RM65 sahaja untuk bingkai dan cermin mata, harga yang cukup berbaloi. Tapi, adakah berkualiti?

Baca : Pakai Cermin Mata Hitam Jenama Reebok

 



 

Cermin Mata Murah Dan Berkualiti Eye Smart Optical Sungei Wang Plaza

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_20 copy
 

Pertama kali saya masuk ke kedai yang penuh dengan pelbagai jenis bentuk, stail, jenama cermin mata dari yang paling murah RM65 hinggalah ke cermin mata berjenama lain yang mahal seperti Police dan juga Rayban. Rambang mata kejap, nak pilih yang mana satu. Separuh dari kedai ini tawar harga RM65 sahaja untuk kombinasi bingkai dan cermin mata.

kedai-cermin-mata murah copy

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_02
Pelbagai Pilihan Frame Cermin Mata

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_01

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_03
Cermin Mata Harga RM65

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_04
Cermin Mata Berharga RM80

 

Memandangkan ini kali pertama saya nak buat cermin mata, kena ikut beberapa prosedur biasa. Perkara pertama, ialah dengan menguji keadaan mata saya untuk mengesan rabun dan kesan silau dengan menggunakan peralatan khas. Saya disuruh menjalani ujian saringan penglihatan dan pemeriksaan mata dengan menggunakan ‘Non Contact Tonometer’.

Hasilnya, lihat sahaja yang tertulis di report. Kesan silau saya amatlah tinggi.

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_08

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_09

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_05

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_06
Jenama Rayban

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_07
Jenama Converse

 

Staff di Eye Smart Optical, Mr Jason menerangkan kepada saya satu persatu tentang apa yang dimaksudkan dengan hasil pemeriksaan mata saya. Sangat detail untuk saya memahami bahawa saya mempunyai masalah silau yang tinggi serta mempunyai masalah rabun jauh yang sederhana.

Oleh sebab memang saya sudah bertekad nak pakai cermin mata, maka saya disuruh untuk memilih bentuk dan jenis ‘frame’ cermin mata yang akan saya pakai nanti. Hampir kebanyakkan frame cermin mata di sini adalah jenis mudah lentur dan tidak senang patah walaupun dengan harga RM65. Murah kan?

Bila sudah dapat frame cermin mata yang saya mahu, masa untuk next step. Kali ini, saya dipanggil ke bilik khas untuk mencuba pelbagai range kuasa cermin mata untuk menentukan cermin mata yang sesuai dengan kegunaan saya.
Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_10

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_11

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_12

kedai-cemin-mata-murah-2

Sangat berpuas hati dengan ujian mata saya. Mr Jason memberikan saya segala input berguna dengan menerangkan satu persatu tentang masalah mata yang mungkin akan saya hadapi jika tidak memakai cermin mata.

Penerangan yang jelas seperti ini perlu supaya pelanggan baru seperti saya tidak salah memilih cermin mata yang akan menyusahkan kami dikemudian hari.

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_14

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_17
 

Langkah terakhir, selepas saya mengetahui ‘kuasa’ cermin mata yang perlu saya pakai, maka ia perlu dilengkapkan dengan memilih jenis cermin yang akan di pasang di bingkai (frame) cermin mata. Ada banyak pilihan sebenarnya tetapi di Eye Smart Optical mereka mempunyai produk cermin jenama mereka sendiri dikenali dengan nama Alpha Lens.

Pilihannya adalah terdiri dari Multi-coated, Blue 420, Sun Black dan paling premium ialah Sun Magic. Multi-coated ialah untuk cermin lapisan biasa, Blue 420 untuk pengguna silau, Sun Black untuk silau waktu siang dan Sun Magic menggabungkan kesemua fungsi yang ada dalam Multi-coated, Blue 420 dan Sun Black.

Oleh sebab saya punyai masalah silau yang agak tinggi, maka saya memilih untuk menggunakan Blue 420, dengan sedikit tambahan RM60 sahaja. Masih lagi berbaloi. Kenapa berbaloi? Sebab saya sendiri lihat bagaimana cahaya UV yang memancar ke cermin ini, tidak melepasi dan hilang di’tapis’ cermin Blue 420. Hebat kan?

Uji mata sudah, pilih bingkai sudah, pilih cermin mata pun sudah. Untuk siap, saya hanya perlu menunggu selama satu jam sahaja. Wow!!! Cepatnya. Boleh la pergi makan dulu sementara menunggu cermin mata saya siap.

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_24

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_25
 

Untuk anda yang memang ada masalah mata rabun atau silau, jangan tunggu lama. Saya syorkan segera untuk ke Kedai Cermin mata terdekat. Kalau anda berada sekitar Kuala Lumpur, layari laman Facebook Eye Smart Optical atau terus ke alamat mereka di
G136, Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur 55100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Gunakan kod ‘MrJocko’, InsyaAllah ada Gifts Percuma menanti anda. Cermin mata harga murah, siap dalam masa Satu Jam.

Cermin_Mata_Murah_Dan_Berkualiti_Eye_Smart_Optical_22

Cermin_Mata_Murah_Kuala_Lumpur

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.