Site icon Travel Blogger Malaysia

Chalet Kampung Bersah Pos Kuala Mu Di Sungai Siput Perak

Malaysia, sejak 10 tahun yang lepas tidak banyak punyai destinasi pelancongan baru yang memukau. Tapi kali ini, ia mungkin sesuatu yang unik boleh menarik minat pelancong ‘hutan semulajadi’ dengan adanya Chalet Kampung Bersah Pos Kuala Mu Di Sungai Siput Perak. Ia satu chalet yang patut anda cuba.

Terletak kira-kira 63 km dari Sungai Siput dan 73 km dari pekan Chemor, anda boleh ke sana samada menggunakan salah satu dari susur keluar lebuhraya PLUS ini. Jarak pemanduan dari sini hingga ke Pos Kuala Mu dan masuk hingga ke Chalet Kampung Bersah sekitar 1 jam hingga 1 jam 3o minit.

Baca : Destinasi Popular di Perak

 



 

Chalet Kampung Bersah Pos Kuala Mu

Chalet Kampung Bersah Pos Kuala Mu Di Sungai Siput Perak

Kredit Gambar : Yayasan Al-Khalifah

MrJocko tak pernah lagi ke sini. Pernah sampai ke Sungai Siput, tetapi tak pernah masuk hingga ke Pos Kuala Mu.

Mengikut kata mereka yang pernah ke sini, kalau nak masuk hingga ke kawasan Chalet Kampung Bersah ini, sebaiknya menggunakan kereta yang punyai pemanduan 4X4 atau kereta yang dalam keadaan baik. Khabarnya jalan untuk ke sini tidak sebaik jalanraya persekutuan yang lain.

Kalau yang nak ke sini menaiki motorsikal, berkonvoi, sebaiknya jangan laju-laju. Maklum la, takut keadaan jalan yang tidak rata membahayakan penunggang motorsikal.

Baca : MrJocko dan Tempat Menarik di Perak Darul Ridzuan

Rata-rata komen dari mereka yang pernah sampai ke sini, kepuasan bila menginap di sini memang terbaik.

Dengan harga pakej penginapan chalet yang murah dan terbaik, ia memang memuaskan sesiapa sahaja. Kalau sewa tapak khemah, lagi la murah.

Secara tidak langsung, ia membantu ekonomi penduduk setempat dengan mempromosikan produk pelancongan tempatan.

Kalau jenis chalet hutan semulajadi seperti ini, pasti menjadi pilihan ramai pelancong antarabangsa seperti pelancong Eropah, Jepun dan Korea. Cuma, pihak terlibat, seperti Tourism Perak atau Tourism Malaysia patut menambah baik dengan kemudahan asas yang lebih baik untuk menggalakkan mereka datang ke sini.

Ingin booking chalet dan merasai suasana Kampung Orang Asli di hutan belantara, layari Facebook Komuniti Kuala Mu atau boleh terus hubungi pihak yang menguruskan Chalet ini :

PIC Chalet Kampung Orang Asli Bersah
En. Saidin b. Ismail
No Telefon 019-4117281
Harga Sewa Chalet : RM60

Exit mobile version