Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Chalet Review 1108 Tekek Tioman Island Tawar Pakej Harga Murah

Mereka yang bercadang nak bercuti di Pulau Tioman, ini satu cadangan untuk anda semua. Nak cari chalet murah dengan kemudahan resort terbaik, boleh ke Chalet 1108 Tekek. Nak tahu lebih lanjut, baca entry Chalet Review 1108 Tekek Tioman Island Tawar Pakej Harga Murah serendah RM118 sahaja.

Ya, kini bercuti di Pulau Tioman lebih murah dengan tawaran harga penginapan murah di 1108 Tekek Tioman. Lagipun, lokasi chalet ini terletak di pekan Kampung Tekek, yang mana ada kemudahan bank, pejabat kerajaan, kedai runcit, kedai bebas cukai, pusat aktiviti snorkeling dan scuba diving dam juga banyak lagi aktiviti laut lain.

Baca : Tempat Snorkeling dan Scuba Paling best di Pulau Tioman

 


Chalet Review 1108 Tekek Tioman Island Tawar Pakej Harga Murah

1108 tekek tioman island 12 copy

1108 tekek tioman island 00
Pintu Masuk 1108 Tekek Tioman Island

1108 tekek tioman island 03

Baca : Antara Pulau-Pulau Cantik Di Dunia

Kalau dari Jeti Kampung Tekek untuk ke 1108 Tekek Tioman, boleh jalan kaki sahaja, sekitar 5 minit dan anda akan sampai di resort tersebut. Kalau ada banyak barang, boleh mintak pihak resort aturkan, InsyaAllah, mereka sedia membantu.

peta chalet 1108 tekek tioman
Peta Chalet 1108 Tekek Tioman

Mungkin ramai nak tahu, berapa harga bilik di sini? Nah, ini senarai harga bilik chalet di 1108 Tekek Tioman ialah :

Garden Hut View RM118 untuk semalam
Middle View Hut RM138 untuk semalam
Sea View Hut RM158 untuk semalam
Family Sea View Hut RM258 untuk semalam ( Bilik selesa untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak)
Dorm RM40 untuk semalam, boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa

harga chalet 1108 tekek tioman
Senarai Harga Pakej Chalet 1108 Tekek Tioman Island

Untuk mereka yang menginap di sini, kalau setakat nak lihat ikan berenang, tak perlu pergi jauh. Di persisir pantai di depan chalet, bukan setakat boleh mandi manda dengan selamat, ia juga tempat snorkeling yang dekat dengan chalet.

Tetapi, kalau nak lebih menarik, kena naik bot sekitar 10 minit dan menuju ke Pulau Renggis yang terletak kira-kira 1km sahaja dari Jetty Kampung Tekek. Untuk mereka yan gselam skuba, pasti la lebih menarik sebab sekeliling Pulau Tioman adalah destinasi selam skuba sangat popular di Malaysia.

1108 tekek tioman island 04

1108 tekek tioman island 05

1108 tekek tioman island 06
Bilik Sea View Hut 1108 Tekek Tioman
1108 tekek tioman island 07
Toilet yang Bersih

1108 tekek tioman island 08

1108 tekek tioman island 09

1108 tekek tioman island 10

Menu sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam turut disediakan dengan kos tambahan. Tapi, kalau nak pilihan lain, sekitar kawasan ini ada banyak kedai makan dan juga kedai runcit yang menjual pelbagai makanan dan barang keperluan harian. Tak perlu risau, anda tak akan kebuluran kalau di Pulau Tioman.

Setakat ini, chalet ini antara chalet baru yan gberbaloi untuk anda cuba. Lokasi strategik, bilik yang lebih kemas, view cantik dengan harga yang sangat berbaloi.

Untuk dapatkan informasi tambahan tentang resort atau chalet ini, boleh layari laman web rasmi mereka di 1108 Tekek Tioman atau Facebook Fanpage 1108 Tekek Tioman.

Alamat :
No.3, Jalan Tioman (172.03 mi)
Kampung Tekek, Pahang, Malaysia 86800

No Telefon : 012-638 8976

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.