Char Kuey Teaw Mali’s Corner Platinum Walk
|
Sudah lama nak datang ke Mali’s Corner di Danau Kota ni, tetapi tidak berkesempatan. Pasal MrJocko jarang pulak pusing-pusing ke kawasan Danau Kota dan Setapak.
Oleh kerana minggu lepas ada kerja sedikit di area Gombak, kami ambik masa singgah untuk menikmati Char Kuey Teaw yang terkenal di Kuala Lumpur, Char Kuey Teaw Mali’s Corner. Kalau dulu, Mali’s Corner hanya lah gerai yang terletak di tepi kawasan kedai-kedai, kini Mali’s Corner di Platinum Walk, Danau Kota ini berada di 2 lot restoran dan dua tingkat. Besar dan mampu untuk menampung pelanggan sehingga 300 orang, ramai kan?
Konsep Mali’s Corner di kekalkan iaitu layan diri. Pelanggan yang mahukan Char Kuey Teaw, hanya perlu ke sebelah Kiri Restoran dan membuat tempahan. Air dan Nasi Lemak pula berada di sebelah Kiri Restoran. Tempah, ambil dan bayar. Mudah.
Rasa Char Kuey Teaw Mali memang tersendiri dan masih mempunyai rasa seperti dulu. Pilih sahaja saiz biasa, medium atau large special, anda akan berpuas hati dengan rasa istimewa Char Kuey Teaw Mali’s Corner.
Bagi yang mencari lokasi Mali’s Corner Danau Kota, cari sahaja bangunan Festival City. Selepas sahaja bangunan Festival City anda akan lihat bangunan lot kedai Platinum Walk. Restoran Mali’s Corner berada betul-betul di lot kedai menghadap jalan utama. Trademark restoran berwarna hijau. Senang saja.
6 Comments
memang terbaekk char kuey teaw nyerr. owh, skg dah ade kedai yer. okeh, nanti i p serbu! da lama x makan sejak duk jauh nieee..hehe
ada kedai,,, selesa dan syiokkk,,,
masih tak kesempatan nak cuba rasa ….geram betul aku tengok kue tiow tu….
aku punya biasa jer,,, nak yg lagi geram,,, sila order yg SPECIAL LARGE
char kuehtiaw mali's nie memang sedapp…dulu2 selalu gakk turun danau kota tu mkn…memang terbaekk ler…
ehh entry kiter sama larr ttg kuehtiaw jugak…hehehe
dah lama miza tak pi makan katsini.
selalu makan char kuehtiaw dekat taman bunga raya tu je 🙂