Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Che Puan Khaleeda Akan Bantu Dapatkan JusticeForBella

Susulan kes kanak-kanak istimewa down syndrom yang dikatakan telah didera pada tahun lepas, Che Puan Khaleeda Akan Bantu Dapatkan JusticeForBella, ini janji beliau bagi membantu adik Bella. Mengikut beberapa fakta yang dikongsi di berita utama dan media sosial, kanak-kanak istimewa ini didera teruk sehingga ada bahagian badan melecur dengan teruk. Terima kasih juga kepada Puan Mona Din, antara orang terawal yang mengesan derita adik Bella yang disyaki didera.

Bella sebelum ini ditempatkan di jaga dengan baik di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah. Namun, ketika berumur 12 tahun, Bella di bawa ke Mahkamah Kanak-kanak untuk menyambung perintah penjagaan di rumah berkenaan. Bella ditempatkan di Rumah Bonda. Ketika itu, Bella bertemu Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda. Siti Bainun dikatakan meminta kepada pihak Mahkamah untuk beri peluang kepada beliau menjaga Bella. Bermula selepas itu, Bella dibawa untuk tinggal di Rumah Bonda.

Sumber : Kronologi Kes Penderaan Adik Bella

Baca : Kes Dera Popular Di Malaysia

Che Puan Khaleeda Akan Bantu Dapatkan JusticeForBella

 


Che’ Puan Khaleeda Akan Bantu Dapatkan JusticeForBella

Che’ Puan Khaleeda #JusticeForBella
 

Secara peribadi, kami sendiri tidak boleh bayangkan bagaimana penderitaan adik Bella. Dengan keadaan beliau yang down syndrome, terkurung didalam rumah dan dikatakan dipaksa dengan pelbagai keadaan yang menyakitkan, bagaimana mental dan perasaan kanak-kanak ini yang hidup seharian penuh dengan kesakitan dan ketakutan.

Di saat anak-anak sebaya dia memerlukan kasih sayang, namun, dia dikatakan didera oleh seseorang yang seperti tiada perasaan belas kasihan.
 

Che’ Puan Khaleeda #JusticeForBella

Che’ Puan Khaleeda #JusticeForBella
 

Mengikut paparan di media sosial @ymchepuankhaleeda, beliau ada menghantar pendirian beliau :

“I will do everything with the power that I have to get jstice for Bella. I’m sicks and tired of these cowards who think they can do whatever they want to help these helpless children and get away with it. You can hide behind your army of lawyers bt karma will eventually hit yo so hard in this dunya and the hereafter. Yo will definitely be made an example for the rest of the other cowards out there to not even think of the thoughts in the future…”

YM Che’ Puan Khaleeda yang dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur merupakan anakanda yang kelima pasangan ayahanda Bustamam Bin Daud dan bonda Aziyah Binti Abdul Aziz. YM Che’ Puan Khaleeda adalah anak bongsu daripada lima orang adik-beradik iaitu dua orang perempuan dan dua orang lelaki.
 

Che’ Puan Khaleeda #JusticeForBella

Che’ Puan Khaleeda #JusticeForBella

Che’ Puan Khaleeda #JusticeForBella
 

YM Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam telah mendirikan rumahtangga dengan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail, Tunku Mahkota Johor pada hari Jumaat, 24 Oktober 2014. YM Che’ Puan Khaleeda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor.

Sumber : Kemahkotaan Johor

Tahniah Che Puan Khaleeda. Pemimpin seperti ini yang kami rakyat mahukan, berani bersuara demi mendapatkan keadilan untuk rakyat yang berada di bawah. Kudos!!!

Seluruh rakyat Malaysia pasti akan mahukan keadilan kepada Adik Bella. Semoga kebenaran akan menang dan siapa yang bersalah patut dihumban ke muka pengadilan dan penjara.

#JusticeForBella

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.