Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Chef Nasi Arab Melayu Yang Viral Jual Harga Murah

Selepas satu Malaysia kecoh dengan Chef bukan melayu jual nasi arab mahal dan membuat sindiran sinis mengatakan tidak ada Chef Melayu lain yang boleh masak seperti masakan beliau. Ramai netizen dah mula kecam Chef Ammar. Ekoran dari isu ni juga, maka dikongsikan kisah seorang Chef Nasi Arab Melayu Yang Viral Jual Harga Murah, berasal dari Jelawat Kelantan.

Dikenali dengan nama Chef Mohd Afiq Muhammad, beliau sudah 3 tahun memasak dan menjual nasi arab dengan rempah ratus yang disediakan setanding dengan menu-menu nasi arab popular di Kuala Lumpur. Tambahan pula, harga yang beliau jual, juah lebih murah dari nasi arab popular lain. Tak rugi kalau beli menu nasi arab macam ni.

Baca : Berbuka Puasa Dengan Nasi Arab Sedap

Chef Nasi Arab Melayu Yang Viral

 


Chef Nasi Arab Melayu Yang Viral

Chef Nasi Arab Melayu Yang Viral

Kami yang berasal dari Kelantan, sebenarnya jarang lihat restoran menjual masakan nasi arab di Kelantan sebelum ini (10 – 15 tahn lepas). Namun kini, ekoran peredaran masa, sedikit demi sedikit restoran seperti ini mula mendapat tempat dikalangan masyarakat Kelantan.

Restoran N Iman Nasi Kandar Tanjung Chat ini menyediakan banyak menu diluar kebiasaan menu masakan orang Kelantan. Itu antara sebab kenapa ia semakin poplar di suluruh Kelantan.

Antara perkongsian di Facebook baru baru ini :

Ada satu video baru yang sedang berlegar di media sosial tentang seorang chef terkenal dari timur tengah yang mempunyai perniagaan restoran yang popular di Kuala Lumpur, beliau mengatakan tiada orang melayu yang boleh berniaga menu macam beliau di Malaysia.”

Ada ni, Melayu Jati Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia, tahun ketiga dah ni jual menu ni, walaupun tidak sepopular dan tidak sebanyak kuantiti yang dijual beliau tapi ada.

Bahan-bahan pun kita guna bahan premium, saffron RM150.00/gram, Ghee brand Enrico’s RM47.00/tin, Beras Pusa 1121 Gred A RM15.00/kg, rempah beriani diimport dari Pakistan RM35.00/kg.”

Lokasi: Restoran Nasi Kandar Melayu N. Iman, Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.

Dari FB Mohd Afiq Muhamad

Antara lain, mereka berkongsi maklmat untuk tempah lebih awal supaya tidak terlepas membeli menu nasi arab beliau . Mula order hari ini untuk esok, last terima order jam 2.00 petang setiap hari.

Harga Hyderabad Dum Beriany + Lamb Shank + Telur Saffron – RM39.00/set
Harga Hyderabad Dum Beriany + Ayam + Telur Saffron – RM13.00/set
http://www.wasap.my/+60169520936

Ada member pernah try men kat sini. Katanya berbaloi. Hidangan yan gdisediakan jga tidak mahal dan masih lagi dalam lingkngan harga mamp bayar.

Untuk anda yang nak cuba, boleh la. Sekitar Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, boleh la tempah awal-awal supaya tidak terlepas menu nasi arab yang sedap ini.

Kami sokong usaha orang Melayu yang konsisten dalam memberikan servis terbaik untuk pelanggan mereka. Semoga terus berjaya Chef Mohd Afiq Muhamad, Restoran N Iman Nasi Kandar Tanjung Chat Kelantan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.