Pesta Cherry Blossom Festival Gyeongpo Lake Korea
|Ada Cherry Blossoms tak di Korea? Of course ada. Korea juga terkenal dengan Cherry Blossoms. Setiap tahun, akan ada pesta sambutan Cherry Blossoms di seluruh Korea. Di Gangwon Province, antara destiansi pelancongan yang menjadi tarikan ialah di Pesta Cherry Blossom Festival Gyeongpo Lake Korea.
Rezeki kali ini, memang dah lama mengidam nak lihat bunga Cherry Blossoms di Korea. Akhirnya bersama FAM Trip anjuran KTO ini betul-betul dengan Cherry Blossoms Festival Gyeongpo Lake.
Baca : Tempat Menarik Di Pyeongchang South Korea
Cherry Blossom Festival Gyeongpo Lake
Sebelum ni, Gyeongpo ini terkenal dengan keindahan pantai. Di sebabkan ia terletak dekat sahaja dengan pantai, sejak dari dulu di sini menjadi lokasi tumpuan ramai termasuk pelancong dari luar negara.
Cherry Blossom Festival Gyeongpo Lake ini meriah berlangsung di persisir Tasik Gyeongpo. Tasik ini antara yang terkenal di Gangneung. Kini ia dipenuhi dengan ribuan pokok Cherry Blossoms yang ditanam semula dan disusun cantik di sepanjang tebing tasik dan jalan utama.
Gyeongpo Lake ini terletak tidak jauh dari vanue Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 PyeongChang. Jadi, ada banyak tarikan lain yang boleh anda kunjungi di sini selain dari Cherry Blossoms.
Memandangkan ini musim bunga Cherry Blossoms, sudah pasti tarikan utama di sini. Ribuan pelawat akan singgah di sini, berjalan di sepanjang tasik dan melihat pemandangan indah bunga Cherry Blossoms yang berwarna putih dan sedikit kemerahan. Inilah warna Cherry Blossoms yang terkenal di Korea.
Tidak kira usia, jantina, warna kulit, pelancong dari luar atau orang Korea sendiri, semuanya sangat teruja dengan keindahan pemandangan dan cuaca sejuk nyaman di Gyeongpo Lake di Gangneung ini. Mengasyikkan sesiapa sahaja yang berada di sini.
Tasik Gyeongpo menjadi tarikan juga. Di sini ada beberapa tempah yang mungkin menarik minat korang. Ada sculpture Tradisional Korea, Jambatan Kayu, Canal Crossing Boat dan juga ruang pemerhati untuk melihat burung liar di sini.
Kalau nak rehat seketika, ada banyak cafe dan kiosk menjual minuman seperti kopi dan juga makanan ringan untuk anda santai seketika sebelum meneruskan aktiviti menikmati keindahan bunga Cherry Blossoms di Korea.
Sampai sekarang, masih teringat keindahan dan pengalaman Cherry Blossoms di Gyeongpo Lake Gangneung Gangwon Province.
Tips Travel ke Gyeongpo Lake Gangneung
Bagaimana nak ke Cherry Blossom Festival Gyeongpo Lake? Korang boleh dapatkan khidmat bas ekspres terus dari Seoul Express Bus Terminal ke destinasi Gangneung Intercity Bus Terminal. Perjalanan akan memakan masa selama sekitar 2 jam 40 minit. Tambang bas dari Seoul ke Gyeongpo Lake ialah sekitar 15,000 KRW. Selepas itu, dari Gangneung Terminal ambil bas No 202 ke Gyeongpodae.
Serius lawa gila! Teringinnya nak jelajah Korea lagi. Suka cherry blossom!
teringin sangat nak ke korea