Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Chiba Muslim Tourism Guide Halal Package Japan

Satu negara yang MrJocko tidak pernah puas kalau ke sana, ialah Jepun. Macam-macam menarik ada di Jepun. Satu destinasi pelancongan yang jarang orang Malaysia singgah ialah di Chiba. Terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, kali ini MrJocko nak kongsi tentang Chiba Muslim Tourism Guide untuk pelancong beragama Islam dalam memilih lokasi tempat menarik di Chiba, Restoran makanan Halal dan Muslim Friendly Restaurant serta hotel yang turun menyediakan menu makanan halal di Jepun.

Antara lokasi halal yang boleh anda cuba lawati di Chiba ialah Mitsui Outlet Park, Shisui Premium Outlet, AEON Mall Makuhari, Ajidokoro Takaraya Restaurant, Kappo Suruga Restaurant, Tentei Restaurant, Student Cafeteria Shokujin, Hotel Springs Makuhari Suiran, Hotel Springs Makuhari Genkai, Marroad International Hotel Narita, Narita Airport Rest House, Country Farm Tokyo German Village, Mother Farm dan juga Dragon Farm.

Baca : Destinasi Pelancongan Popular Di Chiba Jepun

Chiba Muslim Tourism Guide Halal Package Japan

Chiba Muslim Tourism Guide Halal Package Japan

 

 

Chiba hanya terletak berdekatan dengan Narita Airport, hanya 30 minit perjalanan ke bandar Chiba dan beberapa lokasi pelancongan lain yang terkenal di Chiba. Untuk ke Tokyo, hanya memakan masa sekitar 1 jam perjalanan. 

Di Chiba, ada lokasi Tokyo Disneyland, Tokyo DisneySea, SeaWorld di Kamogawa, Choshi,  Tateyama dan banyak lagi tarikan lain termasuk Pasar Ikan yang memang terkenal.

Chiba Muslim Tourist Guide untuk Chiba Prefecture

Chiba Prefecture map

mitsui_outlet_park
Makanan Halal di Mitsui Outlet Park Chiba

Chiba Muslim Tourism Guide

Shishui Outlet Park Chiba

country_farm_tokyo_german
Country Farm Tokyo German Village
country_farm_tokyo_german
Country Farm Tokyo German Village

Makanan Halal di Chiba Makanan Halal di Chiba mother_farm_tokyo_german_village-1

Tokyo_Disneyland kamogawa Seaworld

 

Bila dah tahu banyak tempat menarik di Chiba, pasti ramai yang akan ke sana. Maklumlah, destinasi di Tokyo mungkin sudah menjadi biasa dan lazim bagi mereka yang selalu melancong atau membaca tentang Jepun. Apa kata kali ini, kita cuba lokasi baru yang ada di Chiba. Harga semestinya jauh lebih murah berbanding dengan bandaraya Tokyo.

Hotel-hotel yang ada sebagai contoh Marroad International Hotel Narita, Hotel Springs, Okura Hotel yang ada di Chiba mempunyai ruang bilik yang biasa lebih luas berbanding dengan lokasi hotel di Tokyo. Harga berpatutan dengan servis yang terbaik di samping pilihan menu makanan Muslim Friendly.

Info pasa Chiba Tourism boleh baca di sini http://japan-chiba-guide.com/en/muslim/index.html

hotel_di_chiba hotel_di_chiba

Chiba Muslim Tourism Guide

Sudah pasti pengalaman melancong ke Chiba akan memberikan anda pengalaman baru. Di Chiba juga ada banyak lokasi taman bunga Sakura yang mekar sekitar bulan April setiap tahun. Pemandangan bunga Sakura di Chiba juga cantik dan jika anda bernasib baik, anda boleh melihat puncak Gunung Fuji dengan jelas dari beberapa lokasi tertentu di Chiba Prefecture.

Banyak yang nak MrJocko kongsi tentang tempat yang menarik di Jepun, khususnya destinasi pelancongan yang baru ini, Chiba Prefecture. Namun, tunggu rezeki MrJocko untuk ke sana. InsyaAllah, jika ada rezeki akan MrJocko kongsi tentang itinerary, lokasi hotel, restoran halal di Chiba, menu makanan menarik dan tempat shopping yang murah di Chiba untuk pelancong Malaysia.

Sementara ini, selain Chiba Muslim Tourism Guide, korang boleh baca banyak yang menarik, tips travel, itinerary, gambar tentang Tokyo di link ini http://www.mrjocko.com/tag/tokyo.

Keep calm and read MrJocko Blog 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.