Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Chicken Chop Mini RM6 Gerai Taman Sejati Sungai Petani

Pagi, kami bergerak dari Kuala Lumpr dan menuju ke negeri Kedah untuk Roadshow seterusnya. Sampai di Sungai Petani, selepas waktu tengahari dan perut memang terasa lapar. Lepas check-in, kami bergegas turun ke kawasan berdekatan untuk mencari Street Food. Tak jauh dari hotel, kami jumpa gerai ini, Chicken Chop Mini RM6 Gerai Taman Sejati Sungai Petani. Lokasinya terletak di hadapan Surau Taman Sejati dan tepi jalan utama.

Kami beradi di Kedah untuk 2 hari ini sebagai sambungan roadshow kami beberapa bulan yang lepas. Selepas Sesi Pertama di Concorde Hotel KL, Sesi Kedua di Johor Bahru dan kini, kami berada di Sungai Petani untuk Road Show Halal Muslim Taiwan anjuran Taiwan Tourism Bureau.

Baca : Taiwan Tourism Tempat Menarik Di Taipei

Chicken Chop Mini RM6 Gerai Taman Sejati

 


Chicken Chop Mini RM6 Gerai Taman Sejati Sungai Petani


 

Sebelum ni, Chicken Chop mini ini dijual dengan harga cuma RM5 sahaja. Namun, mungkin disebabkan kos bahan mentah yang naik sebelum ini harganya kini RM6. Namun, ia masih murah dan masih berbaloi.

Set Chicken Chop Mini ini hadir dengan mini set ayam, fries, sayur dan sedikit timun. Walaupun ia hanya saiz mini, tapi rasanya tetap padu. Sos yang dimasak sendiri oleh Chef ini memang berbaloi untuk anda rasa.
 


 

Selain dari menu Chicken Chop ini, gerai ini terkenal dengan Menu Burger Ayam dan Daging, Burger Ikan, Oblong, Hot Dog, Roti Telur Meleleh dan juga Meatball. Anda boleh semak sendiri senarai menu yang kami sertakan berserta dengan harga.

Untuk set seperti ini, harga yang dijual sangat berbaloi.

Kami hanya sempat mencuba Chicken Chop Mini sahaja kerana sudah membeli beberapa men lain ketika sebelum kami sampai di gerai tersebut. InsyaAllah, kala ada masa lagi, boleh kami try menu Meat Balls dekat sini pulak…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.