Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Chimney Labuan Mercu Tanda Struktur Arang Batu

Chimney Labuan menjadi mercu tanda struktur arang batu yang dulu terkenal di Pulau Labuan. Ya, nampak biasa, tetapi ia punyai banyak sejarah tersendiri di Labuan.

 

mencuba “kamera tinjau yg terletak atas menara Chimney”

 

 

 

Sebelum sampai di Pulau Labuan, serious aku tak tau sedikit pun tentang apa itu Chimney. Kena pulak malas nak Google atau cari makna Chimney ni, aku main redah jer drive dari pekan Labuan ke tempat ni.

Sampai jer kat lokasi Muzium Chimney, aku nampak bangunan menara tinggi. Tertanya jugak aku, pebenda ni?

Dah masuk kat dalam baru la aku tau, rupernya ni menara untuk kerja2 perlombongan arang batu. Mengikut portal rasmi Perbadanan Labuan, erletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney’ – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney’ dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney’ dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan.

Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney’ masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu.

Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney’. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney’ telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

Kira ok jugak la singgah kat Chimney ni. Daripada aku tak tau pebenda, skang dah tau serba sedikit pasal Chimney ni…
MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.