Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Menaiki Pesawat China Airlines KLIA Taipei Di Taiwan

Pengalaman Menaiki Pesawat China Airlines KLIA Taipei. Kalau sebelum ni MrJocko pernah menaiki pesawat MAS, AirAsia dan Japan Airlines. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi semua flight memang ada X Factor kelebihan trademark tersendiri. Dan untuk kali pertama ketika ke Taipei, MrJocko berpeluang menaiki penerbangan pesawat China Airlines.Apa Yang Menarik Di Taiwan

 


style=”color: #000000;”>  

Pengalaman Menaiki Pesawat China Airlines KLIA Taipei 

Pengalaman Menaiki MAS

Pengalaman Menaiki Japan Airlines

Pengalaman Menaiki Korean Air

Pengalaman Menaiki China Airlines

 

 

China Airlines KLIA Taipei Di Taiwan
China Airlines KLIA Taipei Di Taiwan 

Untuk penerbangan sejauh KLIA ke Taipei, kami menaiki pesawat 747 dan ia mempunyai lebih kurang 600 tempat duduk. Mempunyai 3 barisan tempat duduk dan MrJocko berada di Zone 1, berada di bahagian ekor pesawat.

 Menu dalam pesawat China Airlines KLIA Taipei Di Taiwan

  

Memandangkan kami sudah menempah makanan halal, maka tak jadi masalah kerana kami dihidangkan dengan set roti jala, kek, buahan dan juga sayuran. Kami dihidangkan dengan Air Suam dan Jus Oren. Rasa memang ada original Melayu. Mungkin menu Halal Muslim di China Airlines ini disediakan di Malaysia. 

  

Memandangkan ini penerbangan selama 4 jam lebih, maka setiap penumpang diberikan satu set LCD lengkap bersama remote control. Dalam pakej hiburan ini ada pilihan filem terkini, muzik, rencana dan juga permainan dan ia adalah PERCUMA kepada setiap penumpang. MrJocko sempat layan filem Die Hard 5 dan rasa selesa ketika menontonnya.

Pramugari China Airlines juga memang friendly dan banyak membantu. Walaupun sebelum ini MrJocko pernah dengar ada kejadian buruk berkaitan China Airlines, tetapi pengalaman pertama menaiki China Airlines masih memberikan rasa puas. Tidak la teruk seperti yang digembar gemburkan.

Kalau ada peluang, boleh jer naik penerbangan China Airlines. Jangan risau sebab pesawat boleh dikatakan bazi besar, ruang tempat duduk dan ruang kaki agak luas, pilihan menu makanan halal untuk Muslim memang ada banyak dan diyakini halal.

Untuk pilihan harga, mungkin ia mahal sedikit dari penerbangan AirAsia, tetapi kalau diikutkan keselesaan sudah pasti ia lebih berbanding AirAsia. Bagasi yang sedia ada sekitar 20kg, makanan 2 kali termasuk snaks dan hiburan percuma. Berbaloi la dengan harga yang di beli.

Layari laman web China Airlines https://www.china-airlines.com/us/en

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.