Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Terbang Dengan Pesawat China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

Kali ini, kali ke 4 travel ke negara Taiwan. Tujuan kali ini untuk mempromosikan pakej Halal Muslim Taiwan dan juga penerbangan China Airlines ke Taipei. Oleh itu, ini adalah entry tentang Pengalaman Terbang Dengan Pesawat China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

Ini pengalaman kedua MrJocko menaiki pesawat China Airlines. Kalau dulu MrJocko pernah terbang menggunakan pesawat China Airlines ke Taipei tahun 2013 . Boleh baca entry lama di sini. http://www.mrjocko.com/2013/06/china-airlines-klia-taipei.html

Pesawat China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

 

Untuk info, urusan check-in perlepasan penerbangan China Airlines terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Kaunter G. Ia terletak di tengah terminal building dan menjadi lebih mudah kerana ia terletak dekat dengan kaunter informasi Lapangan Terbang.

Ada banyak kaunter untuk memudahkan penumpang dan urusan untuk check in juga cepat dan mudah. Staff di Kaunter G penerbangan China Airlines berbahasa Melayu dan ada juga yang fasih berbahasa Inggeris dan Mandarin. 

 

China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

 

Untuk rakan-rakan Muslim, kalau nak travel dengan China Airlines https://www.china-airlines.com/us/en, jangan risau tentang menu dalam penerbangan. Ada pilihan menu Halal yang boleh korang tempah awal. Samada dari KLIA ke Taipei atau penerbangan pulang dari Taipei ke KLIA, ada beberapa menu halal yang sedap boleh korang cuba.

Masa ke Taipei hari tu, MrJocko dijamu dengan menu seperti Gulai Ayam yang sedap. Memang sedap. Lauk dan kuah masih lagi fresh dan segar. Di ketika sebelum nak mendarat, ada snacks yang dihidangkan oleh pramugari termasuk unlimited ‘minuman’ fresh juice atau air kopi dan teh. Minta sahaja, mereka pasti akan senyum untuk servis mereka.

 

China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

 

Nak beli tiket penerbangan China Airlines sekarang mudah sahaja. Pastinya dengan guna laman web rasmi mereka. Dengan laman web ini boleh pilihan banyak destinasi menarik China Airlines seluruh dunia. Jangan tak tahu, China Airlines antara syarikat penerbangan yang punyai ratusan route penerbangan dalam sebulan. 

Penerbangan China Ailrlines bukan sahaja meliputi Asia, tetapi sampai ke Eropah, Amerika Syarikat dan juga destinasi Oceania seperti negara Australia.

 

China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei China Airlines Kuala Lumpur Ke Taipei

 

Untuk orang Malaysia, destinasi Taiwan antara destinasi popular China Airlines dari Malaysia. Sebenarnya ramai orang Malaysia suka ke Taiwan kerana di Taiwan ada banyak pilihan tarikan destinasi pelancongan yang boleh diterokai. 

Kalau untuk Muslim, Taiwan menawarkan nafas baru ‘Halal Muslim Packages’ untuk diterokai samada di Taipei sehingga ke Kaohsiung.

Untuk sementara ini, China Airlines menawarkan satu penerbangan ke Taipei dari KLIA. Jadi, ambil peluang untuk terbang dengan citarasa ‘Imperial’ dengan menggunakan pesawat dan servis China Airlines.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.