Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip Bersama Victoria Tourism Part 2

Hari kedua MrJocko di Da Nang Vietnam, kami ke lokasi yang menjadi tarikan utama di sini. Ia antara pilihan ramai pelancong dalam dan luar negara. Masa pertama kali ke Da Nang, kami juga singgah di sini, Chua Linh Ung Da Nang. Ia merupakan destinasi pelancongan dan Kuil Buddha, Pagoda dan mempunyai patung besar yang dikenali sebagai Chuan Linh Ung.

Memandangkan ia berada di tanah tinggi dan berhadapan dengan pantai Da Nang, untuk Muslim seperti MrJocko, ia menjadi destinasi untuk melihat pemandangan yang cantik di pantai Da Nang Vietnam, tambah-tambah lagi di waktu Sunrise dan Sunset.

Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip

Chua Linh Ung Da Nang

 

Lokasi Chua Linh Ung dikawasan Kuil Buddha ini sebenarnya terletak di Semenanjung Son Tra. Ia merupakan satu kawasan tanah tinggi dan menjadi lokasi menarik jika korang nak tengok pemandangan ‘high view’ Da Nang City.

Yang suka hiking, Gunung Son Tra memang ada menyediakan trek yang menarik untuk korang cuba. Hutan di sekitar Son Tra masih lagi banyak diliputi dengan pohon kayu yang menyejukkan. Pemandangan dari puncak Gunung Son Tra memang menarik sangat-sangat.

Son Tra Peninsular Da Nang

Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip

Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip Chua Linh Ung Da Nang

 

Pun begitu, tarikan utama adalah statue Chua Linh Ung ini yang katanya menjadi pujaan ramai penganut agama Buddha. Kalau bukan penganut agama Buddha, ramai yang kenali tempat ini sebagai Lady Buddha Da Nang Vietnam.

Masuk ke sini adalah percuma. Perjalanan dari pusat bandar Da Nang hingga ke sini sekitar 8 km. Tambang teksi biasanya sekitar 70,000 VND. Kalau nak naik teksi, MrJocko syorkan korang naik Teksi Vinasun – http://www.mrjocko.com/2012/02/naik-teksi-vinasun-di-ho-chi-minh.html

Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip

Chua Linh Ung Da Nang Vietnam Trip

Note : Gambar diambil menggunakan kamera Sony RX100 Mark4 #RX100M4

Apa yang mrJocko diberitahu, Pagoda ini dibina sejak dari tahun 18th century.  Pagoda Linh Ung dan juga Tang Chon Cave adalah hanya 100m dari pagoda Tam Thai yang menghadap Laut Timur di Vietnam.

Kalau nak bergambar, lokasi pemandangan atas bukit ini memang menarik. Kalau ada kesempatan boleh la bangun awal pagi untuk melihat matahari terbit atau ke sini waktu senja untuk melihat matahari terbenam.

Nak tahu lebih lanjut boleh lihat di sini – http://www.vietnamtourism.com/index.php/tourism/items/2935

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.