Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ciri Ciri Kucing Parsi Yang Cantik Untuk Peminat Kucing

Bagi peminat kucing, Kucing Parsi atau Persian Cat menjadi pilihan utama untuk dijadikan haiwan peliharaan. Sememangnya kucing parsi yang cantik dan punyai ciri-ciri yang menarik perhatian manusia.

Sebenarnya, ada lebih dari 40 jenis kucing yang ada di dunia ini, namun dari baka kucing yang ada, kucing parsi yang cantik atau persia merupakan kucing yang paling popular dan banyak digemari oleh para pencinta kucing. Disamping itu juga, kucing parsi atau persia juga memiliki nilai yang agak mahal. Kucing jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti Pure Flat Face dan juga Semi Flat Face.

Baca : Makanan Terbaik Untuk Kucing Peliharaan

 



 

Kucing Parsi Yang Cantik 

Kucing Parsi Yang Cantik
Kucing Parsi Yang Cantik

Ciri Kucing Parsi Yang Cantik

Kucing Parsi yang cantik dan punyai sijil kelahiran dan Sijil Baka yang berdaftar dari CFA akan lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik. Tak hairan lah kalau ramai Pet Shop atau Breeder (penternak kucing) berminat memelihara Kucing Parsi dan kucing yang berkualiti tinggi supaya ia dapat dijual dengan harga yang tinggi.

Kucing parsi atau persia merupakan kucing cantik yang hampir menyerupai dengan kucing anggora. Ciri-ciri kucing parsi atau persia yang sangat unik adalah kucing ini sangat suka memanjakan dirinya dengan pemiliknya. Cara jalan dan cara gerakannya anggun dan tenang tidak seperti kucing kampung biasa. Jika dilihat dari jenis bulunya, kucing parsi ataunpersia memiliki bulu yang tebal dan panjang. Oleh sebab bulunya yang tebal dan panjang, kucing parsi atau persia ini nampak lebih cantik berbanding dengan kucing.

Kucing persia merupakan kucing yang sesuai berada di dalam rumah dan mudah mesra dengan pemiliknya.

Baca ni – http://www.mrjocko.com/2014/01/persediaan-asas-untuk-memelihara-kucing.html

Antara ciri-ciri Kucing Parsi atau Persia adalah :

Kepala

Kepala kucing parsi atau persia besar dan bulat, dengan hidung yang pesek dan lebar yang memiliki kejelasan pembatas mata. Rahang mulutnya kelihatan kuat dan lebar, pipi penuh ditopang dengan tulang pipi yang agak menonjol. Dilihat dari samping bahagian dahi dan dagu membentuk garis yang tegak lurus.

Telinga

Bentuk hujung telinga bulat dengan bahagian dasar agak melebar. Telinganya agak pendek dan mengiring ke hadapan. 

Mata

Kucing parsi atau persia memiliki mata yang bulat, luas dan lebar. Warna mata selalunya berhubungan dengan warna bulu.

Badan

Memiliki dada yang lebar dan membulat. Ini kerana bulunya yang tebal dan panjang. Bagian punggungnya juga sedikit membulat. Selain itu bentuk perut bahagian belakang juga membulat dengan posisi yang lebih rendah (cobby). 

Kaki

Kaki kucing persia biasanya pendek, tebal dengan bulu dan agak besar. Kaki hadapan lurus dan kaki belakang juga lurus jika dilihat dari belakang. 

Cakar

Kucing persia memiliki cakar yang besar, bulat dan kukuh. Kucing parsi atau persia biasanya mempunyai jumlah lima jari di kaki depan dan empat jari di kaki belakang.

Bulu

Memiliki bulu yang panjang dan tebal yang menutupi seluruh badan.

Ekor

Bulu pada ekornya tebal, lurus dan panjang yang sesuai dengan keadaan badan.

Kucing Parsi Semi Flat Face Highnose

Cute Persian Kitten

Sifat

Kucing parsi atau persia mudah selesa dengan mana-mana tempat, memiliki ketenangan, suka bermain dan mudah untuk disayangi. Disamping itu ekspresi wajahnya juga manis. Kucing parsi atau persia boleh tidur di satu tempat selama berjam-jam, tidak bising serta bersuara lembut.

Berdasarkan panjang bulu kucing parsi atau persia, ia diklasifikasikan mempunyai dua jenis iaitu:

1. Kucing parsi atau persia berbulu panjang (long haired persian)

2. Kucing parsi atau persia berbulu pendek (exotic short hair).

Sementara jika ia diklasifikasikan berdasarkan warnanya kucing parsi atau persia boleh dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu solid colour, silver and golden division, shadded and smoke division, tabby division, particolour division, bicolour division dan himalayan division.

Ya, ramai peminat kucing akan suka kucing Parsi yang cantik. Tetapi harga ia sangat mahal berbanding kucing biasa.

Nak tahu info lain tentang Kucing Parsi yang cantik boleh baca ini – https://en.wikipedia.org/wiki/Persian_cat

Glamorous MrJocko

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.