Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Citrawarna 2015 Dataran Merdeka Semua Di Jemput Hadir

Penerbit, pelakon, penyanyi pengarah seni Puan Sri Tiara Jacquelina, menambah satu lagi peranan untuk daya kreatif beliau sebagai pengarah untuk Citrawarna 2015 Dataran Merdeka, tahun ini.

Tiara ditugaskan untuk mempersembahkan satu persembahan bertaraf dunia yang baru dan segar untuk Citrawarna 2015, dijadualkan pada 17 Oktober 2015 di Dataran Merdeka.

Citrawarna 2015  Dataran Merdeka kali ini akan mempamerkan keunikkan sejarah dan budaya Malaysia kepada dunia dan ia diharapkan memberikan persembahan yang akan mengujakan semua penonton, lebih-lebih lagi untuk tatapan media asing untuk promosi produk pelancongan di Malaysia. 

Lebih 10,000 orang dijangka akan menghadiri acara mega Citrawarna 2015 Dataran Merdeka ini termasuk orang awam, tetamu VIP, mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di seluruh dunia, termasuk blogger, media masa dan juga wartawan asing.

Sudah pasti evet seperti Citrawarna 2015 ini akan menjadi pilihan ramai warga kota dihujung minggu sambil bersantai bersama keluarga di Dataran Merdeka. Pelbagai aktiviti sampingan juga diadakan di sini sempena dengan Citrawarna 2015 dan ia akan menjadi upacara persembahan gilang gemilang untuk tahun 2015 ini.

Citrawarna 2015

Tarikh: 17 Oktober 2015 (Sabtu)

Masa : 6:00pm – 11:00pm

Lokasi : Dataran Merdeka, KL

Masuk adalah percuma

Maklumat lanjut di www.tourism.gov.my

Citrawarna 2015 Dataran Kuala Lumpur
Citrawarna 2015 Dataran Kuala Lumpur

citrawarna-02

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.