Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

CleanMyMac2 Aplikasi Software ‘Cuci’ MacBook

Bercerita tentang CleanMyMac2 Aplikasi Software ‘Cuci’ MacBook. Pernah tak anda terasa komputer atau laptop anda tiba-tiba ‘lembab’, ‘berat’ dan sangat perlahan, berbeza dengan performance yang selalu anda guna masa mula-mula anda beli dahulu? Jika Ya, ini mungkin disebabkan storan dalaman yang hampir penuh, simpanan data yang tidak teratur, software yang tidak anda guna terperap tanpa diguna serta mungkin data-data lama yang tertinggal dan tidak dibersihkan sepenuhnya.

 

Sebab itu, MrJocko sarankan untuk anda yang menggunakan MacBook, apa kat dapatkan software CleanMyMac2 yang terbaru untuk menguruskan data di dalam Macbook anda dengan tersusun.

 

Apa yang bagus tentang CleanMyMac2?

Apabila anda akses browser internet, memindahkan data, membuang data-data lama atau banyak aktiviti lain, storan laptop Macbook anda terdedah kepada saki baki simpanan yang tidak diselesaikan sepenuhnya. Ia umpama ‘daki’ yang jika tidak dibuang sepenuhnya akan memberi kesan buruk kepada simpanan data dalam Macbook anda.

 
 
 
CleanMyMac2
CleanMyMac2
CleanMyMac2 - Aplikasi Software 'Cuci' MacBook

Ia umpama satu software yang akan mencuci segala data-data lama dan mengesyorkan anda membuang mana-mana data yang tidak digunakan untuk memberi ruang Macbook anda lebih ruang yang besar untuk berkerja dengan cepat. Data-data lama yang tersimpan dan tidak digunakan kadang-kadang akan memberatkan kelajuan Macbook anda.

Dengan menggunakan CleanMyMac2 ini anda boleh memilih untuk Auto Cleanup atau membuat cleaning secara manual. Dengan ini anda boleh kemaskini dengan bersih sistem Macbook anda, membuang fail lama dan besar yang membebankan, iPhoto Cleanup, Trash Cleanup, Uninstall software yang tidak digunakan, mencuci ‘extension’ yang tidak berkaitan serta membuang terus fail-fail yang tidak digunakan.

Selama guna CleanMyMac2 ini, ia memang berbaloi dan memudahkan kerja-kerja MrJocko menguruskan data dalam Macbook MrJocko. Anda mesti guna dan sudah pasti ia sofware wajib untuk Macbook anda, tambah-tambah macbook Air seperti MrJocko yang hanya mempunyai simpanan storan dalaman hanya 128GB sahaja.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.