Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Coconut Shake Klebang Original Melaka

Coconut Shake Klebang Original memang sudah terkenal bertahun-tahun di kawasan Klebang, Melaka. Asal cuma sebuah gerai kecil menjual Coconut Shake bersebelahan Stesen minyak Caltex di Klebang. Lokasi memang menarik kerana ia sangat selesa dan luas. Jom kita tengok apa yang ada di Coconut Shake Klebang ini.

 

Waktu berniaga Coconut Shake Klebang ini bermula setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 6.30 petang. Cuma pada hari Jumaat, gerai Coconut Shake Klebang Original dibuka pada jam 2.30 petang hingga 6.30 petang. Kalau anda di Melaka, memang boleh beli Coconut Shake Klebang setiap hari.

 

 

 

 

Klebang-Original-Coconut-Shake-Melaka
Coconut Shake Klebang Original Melaka

 

Coconut Shake Klebang Original Melaka

 

Klebang-Original-Coconut-Shake-Melaka

 

Coconut Shake Klebang Original Melaka

 

Coconut Shake Klebang Original Melaka

 

 

 

 

 

 

 

Di gerai Coconut Shake Klebang, ada juga menjual nasi lemak, mee goreng, kuih muih dan pelbagai makanan kudap-kudap lain. Rasanya ini semua ni adalah hasil tumpang meniaga dari orang kampung sekitar kawasan tersebut. Sambil minum coconut shake Klebang boleh makan nasi lemak dan sebagainya.

 

Harga Coconut Shake Klebang murah jer. Untuk yang nak take away, harga RM2.00 biasa dan RM2.50 special. Untuk minum di sana cuma RM1.70 biasa dan RM2.20 untuk special. Untuk nasi lemak cuma RM1.20 sahaja, kuih muih pun murah.

 

Jadi, kalau anda dan keluarga ke Melaka, tak sah kalau tak cuba merasa Coconut Shake Klebang Original. Kena cuba, kerana rasa dan keunikkan Coconut Shake Klebang memang berbeza dengan coconut shake tempat lain. Ia mungki satu pengalaman ‘food trail’ yang terbaik dalam hidup anda bersama keluarga di Melaka. Alhamdulillah, saya dah kenyang dengan Klebang Original Coconut Shake… Burp!!!

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.