Site icon Travel Blogger Malaysia

Kempen Code For Malaysia Microsoft YouthSpark

Baru-baru ini, MrJocko dijemput ke Microsoft Malaysia di Petronas Twin Tower KLCC untuk bersama-sama dengan beberapa orang rakan media untuk mencuba membuat aplikasi sendiri, Aplikasi untuk Operating System Windows. Aktiviti ini adalah untuk menyokong Kempen #WeSpeakCode yang telah dianjurkan oleh Microsoft Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas.

Kami disambut oleh pihak Microsoft Malaysia dan ‘welcoming notes’ yang mengalu-alukan kami oleh MrDinesh Nair, Developer Experience Director dan juga oleh Puan Jasmine Begum, Legal & Corporate Affairs Director Microsoft Malaysia.

Baca : Pelbagai Kempen Terbaik di Travel Blog Malaysia

Kempen Code For Malaysia Microsoft YouthSpark

code for malaysia microsoft youthspark 01
 

Kempen #WeSpeakCode We Speak Code adalah tas inisiatif Microsoft Malaysia yang mana ia bertujuan untuk memberi pendedahan secara umum dan awal kepada anak-anak di Malaysia khususnya untuk mempelajari bagaimana berkomunikasi menggunakan ‘KOD’. Ia bermaksud memberi pendedahan awal kepada anak-anak kita untuk mempelajari skill ‘coding’ dalam hal-hal berkaitan dengan pengaturcaraan komputer dan banyak lagi yang berkaitan dengan bidang-bidang yang melibatkan ‘code’.

Sebagai contoh, kami diajar bagaimana membuat coding yang mudah dan cepat menggunakan Windows untuk membuat aplikasi ringkas yang kemudiannya boleh digunakan di dalam Operating System ‘Windows’

 

 

Untuk penulisan ‘Code’ seperti ini, sebenarnya ia sangat mudah, sehinggakan kanak-kanak seawal umur 6 tahun, boleh diajar dengan mudah dan cepat untuk menguasai penulisan pengaturcaraan kod untuk aplikasi seperti ini. Bayangkan kalau anak-anak kita mula dari awal dan peluang untuk mereka mahir dalam penggunaan kod seperti ini sudah pasti akan cerah.

Tahniah buat Microsoft Malaysia kerana berjaya mencipta idea dan inovasi yang mempunyai kualiti seperti ini dengan membawakan kempen #WeSpeakCode untuk generasi baru yang akan datang. Dengan adanya kempen seperti ini, ia memberi peluang dan pendedahan yang lebih besar kepada generasi baru dalam bidang penulisan ‘code’ seperti aplikasi, sistem dan banyak lagi.

Semoga suatu hari nanti akan ada generasi hebat dari Malaysia yang akan membuka mata dunia dalam bidang seperti ini, hasil usaha dan kempen We Speak Code, Code For Malaysia yang menjayakan juga Microsoft YouthSpark.

Exit mobile version