Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Contest Free Trip Ke Turkey Instagram Asia Horizon Magazine

Asia Horizon Magazine, salah satu majalah baru yang semakin mendapat tempat di kalangan pembaca asia kini menganjurkan Contest Instagram Free Trip Ke Turkey. Peraduan ini akan menampilkan 12 blogger hebat di Malaysia yang akan mempromokan peraduan Asia Horizon Magazine : Percutian Percuma Ke Turki ini selama 3 minggu menggunakan aplikasi Instagram.

MrJocko baru sahaja baca tentang details di Blog Kisah Tatie tentang butiran contest Free Trip ke Turkey ini. Nampaknya ia satu peluang yang baik untuk anda mencuba dan berpeluang menang Satu (1) Tiket Percutian ke Turkey ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja Asia Horizon Magazine.

Baca : Destinasi Pelancongan Menarik Di Negara Turki

 


Contest Free Trip Ke Turkey Instagram Asia Horizon Magazine

Anda ada banyak peluang untuk menang. Anda cuma perlu ikuti 4 langkah mudah untuk contest Free Trip Ke Turkey Asia Horizon Magazine ini :

1. Follow Instagram @asiahorizonmagazine

2. Follow Instagram Blogger Pilihan anda … (sebagai contoh Blogger Tatie @izzatiHazrul)

3. Repost Gambar yang ada di Insta blogger tersebut (WAJIB)

4. Sertakan sekali Hashtag yang ditetapkan dalam repost anda (WAJIB) – (seperti #AHTatie #asiahorizon #asiahorizonigcontest)

Info lanjut, mungkin anda boleh lawati laman blog Kisah Tatie, Travel Blogger .

Trip Percuma Ke Turki oleh Asia Horizon Magazine

Instagram Asia Horizon Magazine

Hadiah menarik menanti anda untuk mereka yang menyertai peraduan FREE TRIP Ke TURKEY ini :

Tempat Pertama – Percutian ke Turkey Ditaja oleh Asia Horizon Magazine

Hadiah Tambahan Seperti :

Tempat Kedua – Penginapan 2 hari 1 malam di Port Dickson

Tempat Ketiga – Wang Tunai RM50

Saguhati- Topap RM10 untuk 5 pemenang saguhati

 

MrJocko akan join juga contest Free Trip ke Turkey tajaan Asia Horizon Magazine ini dan support rakan-rakan blogger yang hebat lain. Salah seorang dari mereka bakal menang trip ke Turkey secara percuma dan boleh membawa SEORANG (1) Follower mereka bersama-sama untuk menikmati percutian hebat ke Turki.

Sesiapa sahaja yang menang, setiap travel blogger ada kehebatan masing-masing. Sudah pasti setiap blogger yang dipilih adalah influencer terbaik untuk mempromokan contest Percutian Percuma ke Turkey tajaan Asia Horizon Magazine ini. Tahniah untuk blogger Malaysia yang hebat ini.
 

Apa lagi, anda boleh serta peraduan ini dengan segera dan peluang untuk anda menang mengiringi blogger pilihan anda untuk ke Turkey selama 10 hari. Wow!!! Memang tawaran hadiah menarik dari pihak Asia Horizon Magazine.

p/s : MrJocko bukan dari 12 Blogger tersebut, tetapi kalau nak follow, boleh follow Instagram MrJocko di @MrJocko 🙂 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.