Ini Contoh Surat Perjanjian Hutang TERBAIK
|Selalu sangat bila bagi pinjam kat kawan, kawan tak nak bayar duit, kan? Nah!!! Ini Contoh Surat Perjanjian Hutang TERBAIK. Sesiapa nak tiru atau jadikan ini sebagai format surat pnjaman hutang mereka dipersilakan.

Contoh Surat Perjanjian Hutang TERBAIK
Pertama kali aku nak ucap tahniah kat adik Imran Hanif kerana walaupun di usia muda, beliau dah tahu menguruskan risiko dan financial sendiri.
Baca : Cerita Lawak Di Blog MrJocko
Mungkin ada sesetengah dari kita akan tergelak atau tersenyum apabila melihat ‘surat perjanjian hutang RM3’ ini, tetapi, secara peribadi ini lah yang aku boleh kata kreatif dan pandai mengawal risiko.
Kenapa adik Daniel meminjam RM3 daripada adik Imran, tidak lah di ketahui, tetapi antara mereka sudah ada persefahaman pasal Perjanjian Hutang termasuk la adik Mohd Syaqir. Ini buatkan aku juga tersenyum dalam masa yang sama, bagus juga mereka kerana ada keinginan untuk mengawal risiko jika Peminjam tidak bayar hutang RM3 dan dari mengalami kerugian.
RM3 bagi seorang dewasa mungkin tiada nilai, tetapi untuk anak-anak yang masih lagi peringkat sekolah rendah, itu lah harta mereka dan dengan RM3, macam-macam boleh dibelanjakan… 🙂
MrJocko.com
memang baguslah ada perjanjian macam ni
Aku masa kecik penah buat,,,
Bijak budak ni siap saksi sekali
sebab tu terbaik,,, ekekeke