Site icon Travel Blogger Malaysia

Tips Auto Coolant Untuk Sejukkan Radiator Kereta

coolant_kereta_01

Tips Auto Coolant Untuk Sejukkan Radiator Kereta. Kalau sesiapa ada kereta, mesti pernah dengar nama Coolant. Tau tak fungsi asas Coolant ini? Camana nak pakai? Bila nak pakai coolant? Nak pakai coolant ni berapa botol? Ke isi air sejuk pun ok???

Kalau pasal air radiator kereta, jangan kata orang perempuan, orang lelaki pun selalu lupa nak tambah bila pakai kereta. Tu yang kadang-kadang bila lama sangat kita bawak kereta, 5-6 bulan kalau tak tambah air radiator, tiba tiba temperature naik, panasss. Pastu kereta dah tak boleh nak hidup lagi dah, jadi ‘mati’ terus. Bukak bonet depan, sekali berasap bau hangit. Rupernya air dalam radiator kering.

Baca : Servis Kereta Kenari

coolant untuk sejukkan radiator

 


Coolant Untuk Sejukkan Radiator Kereta 

Coolant Untuk Sejukkan Radiator Kereta

 

Sebenarnya, dalam lubang tangki radiator tu nak isi air paip pun buleh, air mineral buleh, air hujan atau air apa-apa pun buleh. Kerana air radiator ini sedikit sebanyak membuatkan radiator tu tidak terlalu panas. Bila tak terlalu panas, kereta boleh bergerak dengan molek, dan tak ganggu sistem lain.

Coolant ni pulak, satu cecair yang boleh menyejukkan radiator lebih dari air biasa. Kira benda ni buatkan coolant lagi lambat panas berbanding air biasa, tu pasal la harga dia mahal sikit. Yang murah biasa dalam RM5 setiap tin, dan yang mahal, ada yang cecah RM20 setiap tin. Berapa tin perlu untuk satu radiator, tak pasti. Tapi selalunya kalau tank radiator tu kosong, MrJocko letak 2 tin dan selebihnya tambah air, hehehe… Jimat 🙂

Ini dah nak dekat musim perayaan, cuba la isi coolant dalam 2-3 tin, tengok hasilnya. MrJocko rasa minyak jimat sedikit dari biasa. 🙂
 

 

 

MrJocko.com

Exit mobile version