Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Courtyard By Marriott Pattaya Hotel Pilihan Pelancong

Pertama kali bercuti ke Pattaya, MrJocko menginap di Courtyard by Marriott Pattaya, hotel pilihan pelancong. Hotel bertaraf 4 Bintang ini terkenal dikalangan kaki travel ke Pattaya. Selain lokasi yang terletak di permulaan South Pattaya Road, ia adalah hotel yang selesa, dekorasi yang cantik serta mempunyai lokasi yang agak tenang, walaupun berada di tengah kesibukkan kota Pattaya.

Courtyard By Marriott Pattaya hotel yang patut anda cuba jika bercuti ke Pattaya. Dekorasi bilik yang disediakan memang menarik dan sudah pasti akan membuatkan anda terpesona.

Courtyard by Marriott Pattaya, hotel pilihan pelancong

Courtyard by Marriott Pattaya

Hotel Courtyard by Marriott ini terletak di permulaan Jalan Pattaya Selatan (South Pattaya Road) yang membawa sehingga ke hujung jalan yang memang terkenal dengan kedai-kedai, restoran, pusat hiburan dan pelbagai tarikan di malam hari.

Untuk menikmati apa yang menarik di Pattaya, anda boleh berjalan atau menaiki Tuk-Tuk di sini. Murah dan memang mudah untuk meneroka bandar Pattaya. Tidak perlu risau kerana ia hanya berdekatan dengan hotel. Anda boleh berjalan kaki sehingga ke pantai, pusat hiburan dan juga Walking Street Pattaya yang terkenal.

 

Courtyard by Marriott Pattaya
hotel_courtyard_by_marriott_02
Courtyard by Marriott Pattaya
hotel_courtyard_by_marriott_04

hotel_courtyard_by_marriott_09
hotel_courtyard_by_marriott_08
hotel_courtyard_by_marriott_05

 

Ruang bilik yang MrJocko inap adalah jenis mungkin jenis Executive sebab ruang yang besar dan luas. Ia dilengkapi dengan sofa, meja kopi, meja kerja dan juga ruang bilik air yang memang luas dan besar.

Ada ruang untuk lepak santai minum kopi dengan complimentary kopi dan teh untuk tetamu hotel yang memang akan memberikan anda keselesaan untuk rehat di dalam bilik.

 

Courtyard by Marriott Pattaya

 

Kualiti siaran TV dan juga WiFi juga memang terbaik dan memuaskan. Berbaloi untuk menginap di sini dengan promosi harga serendah Baht 1,250 sahaja. Keseluruhannya, terbaik untuk menginap dan alami percutian di Hotel Courtyard by Marriott Pattaya.

Anda boleh menempah pakej menginap di Courtyard by Marriott ini di laman web rasmi mereka http://courtyard.marriott.com. Untuk pilihan hotel lain yang berada di bawah syarikat yang sama, anda boleh memilih pilihan yang disedikan. 

Selamat Bercuti dan alami percutian menarik menginap di Courtyard by Marriott Pattaya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.