Covid-19 Kesan Kepada Industri Pelancongan Seluruh Dunia
|Rata-rata mereka yang terlibat dalam sektor pelancongan kini semakin gelisah dengan wabak pandemik Coronavirus ini. Sudah terbukti, Covid-19 Kesan Kepada Industri Pelancongan Seluruh Dunia sangat menyakitkan kerana banyak sektor berkaitan pelancongan global terkesan.
Akibat dari malapetaka ini, hampir semua yang terlibat dalam pelancongan terpaksa menerima hakikat yang tahun ini merupakan tahun yang paling teruk dalam sejarah pelancongan dunia, dimana semua orang terkesan dengan virus Covid-19.
Baca : Cerita Tentang Covid-19
Covid-19 Kesan Kepada Industri Pelancongan Seluruh Dunia
Bermula dengan kes yang kecil di Wuhan seawal Januari 2020, ia kini telah merebak ke seluruh dunia. Kesannya, puluhan ribu penerbangan ke seluruh destinasi dunia tergendala dan terpaksa diberhentikan ekoran penularan wabak Covid-19.
Antara Kesan Kepada Industri Pelancongan Termasuk lah :
1. Aktiviti pelancongan domestik lumpuh 100 peratus. Semua operasi berkaitan pelancongan tidak boleh beroperasi dan tidak dapat menjana pendapatan dan menggaji pekerja. Jutaan mereka yang terlibat dalam sektor ini hilang mata pencarian.
Sumber : Berita Harian
2. Banyak syarikat penerbangan bakal bankrup akibat kesan Covid-19. Kegagalan untuk beroperasi akibat sekatan perjalanan dan juga kekangan peraturan-peraturan berkaitan wabak, operasi penerbangan seperti biasa tidak dapat dijalankan. Syarikat mula mengalami kerugian. Yang terbaru ialah Virgin Airlines.
Sumber : Business Insider
AirAsia sendiri telah menggantungkan penerbangan mereka pada beberapa minggu yang lepas. Namun, kemudiannya mengambil jalan untuk meneruskan kembali penerbangan mereka pada akhir April 2020 ini, bergantung kepada kebenaran pihak Kerajaan.
3. Rangkaian hotel di Malaysia juga turut menerima tempias yang teruk. Ramai pekerja dalam bidang perhotelan dikhabarkan terpaksa diberhentikan ekoran kesan Covid-19
Sumber : Sinar Harian
4. Penurunan ketara pelancong asing ke Malaysia. Ini mengakibatkan sektor pelancongan tidak dapat menerima hasil dari perbelanjaan pelancong luar negara. Akibat dari Covid-19 juga Kempen Visit Malaysia 2020 juga terpaksa diBatalkan.
Pelancongan luar negara juga dijangka akan memberi kesan yang panjang. Tempoh setahun dua mungkin diperlukan untuk meredakan kenyakinan pelancong asing untuk melancong ke negara-negara seperti China, Amerika Syarikat, Korea, Sepanyol, Itali, Singapura dan beberapa negara lain.
Kita juga, rakyat Malaysia, mungkin akan menerima tempias kesan Covid-19. Mungkin, akan ada negara-negara yang akan menyekat rakyat Malaysia dari memasuki negara-negara tertentu dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.
Diharapkan ada sinar yang boleh mengembalikan keyakinan sektor pelancongan di Malaysia dengan kadar segera. Syabas kepada pihak Kementerian Pelancongan yang berusaha untuk menkaji kesan Covid-19 kepada Sektor Pelancongan Malaysia.
Sama-sama kita berdoa dan membantu dalam mengembalikan sektor pelancongan khususnya di Malaysia pulih seperti sediakala. Ikuti saranan Perdana Menteri malaysia Ke-8 Tan Sri Muhyiddin Yassin, Stay Home, Stay Safe dan bantu kerajaan putuskan rantaian wabak Covid-19.