Covid-19 Membatalkan Perjalanan Pelancongan Musim Bunga
|Akhir musim sejuk di seluruh dunia, kebiasaannya, ramai pelancong akan mula bergerak untuk bercuti di Musim Bunga (Spring Season) untuk melarikan diri dari cuaca sejuk melampau. Ini kerana, bila habis musim sejuk, akan tiba musim bunga yang cantik yang lebih suam untuk dinikmati. Namun, pandemik Covid-19 Membatalkan Perjalanan Pelancongan Musim Bunga kepada jutaan penduduk dunia.
Kebiasaannya, ramai pekerja kilang di negara China akan pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina, pelajar kolej Amerika Syarikat akan membuat raodtrips dan mencari pantai semasa cuti musim bunga, rakyat Jerman dan Britain akan mencari lokasi yang panas untuk hilangkan rasa sejuk dan orang Asia seperti kita akan mencari destinasi Taman Bunga menarik untuk dilawati.
Baca : Musim Bunga Sakura Paling Cantik Travel Blogger Malaysia
Covid-19 Membatalkan Perjalanan Pelancongan Musim Bunga
Namun, hingga hari ini, semua aktiviti pelancongan seluruh dunia itu terpaksa dibatalkan kerana tekanan bahayanya pandemik coronavirus Covid-19.
Selepas setahun, masih belum ada tanda-tanda untuk coronavirus ini berkurangan kerana ia kini datang dengan varian baru yang telah mutasi.
Dengan tidak ada pembukaan sempadan oleh mana-mana negara di Malaysia, ini bermaksud akan melumpuhkan banyak lagi syarikat penerbangan, hotel-hotel, restoran, operator pelancongan dan destinasi pelancongan. Satu tahun yang perit untuk semua kerana ia menjejaskan ekonomi setempat dan antarabangsa secara total. Pastinya, kena ada satu perancangan drastik untuk projek pemulihan ekonomi rakyat-rakyat yang terkesan, lebih-lebih lagi di negara yang mana sektor pelancongan menjadi penyumbang ekonomi terbesar mereka seperti di Antigua & Barbuda, Maldives, Bahamas dan banyak lagi negara-negara lain.
Sumber : Visual Capitallist
Lihat banyak gambar menarik di Page Massimo Tommi
Covid-19 Membatalkan Pelancongan Musim Bunga
Hingga ke hari ini kebanyakkan negara sama seperti di Malaysia, tidak membuka sempadan kepada pelancong asing.
Malah kita di Malaysia, masih lagi tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang belum tahu lagi bila akan tamat. Ditambah dengan Proklamasi Darurat dari 12 Januari sehingga 1 Ogos 2021 (atau tamat lebih awal mengikut situasi semasa), pasti akan ditidak dibuka pintu sempadan untuk rakyat Malaysia terbang ke luar negara, melainkan untuk hal-hal yang sangat penting dibenarkan sahaja.
Mengikut fakta yan gada sebelum ini, bila tiba musim bunga, lebih dari 1.7 bilion pelancong akan melakukan perjalanan semasa musim percutian ini. Namun ia menurun sehingga 40% sejak dari tahun 2019 dan pasti akan turun lagi sehingga 2021.
Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberitahu, peratus kedatangan antarabangsa turun sebanyak 74% tahun lalu, menghapuskan pendapatan USD1.3 trilion dan meletakkan sehingga 120 juta pekerjaan berkaitan berisiko. Panel pakar UNWTO mempunyai pandangan bercampur-campur untuk tahun 2021, dengan 45% menjangkakan tahun yang lebih baik, 25% tidak ada perubahan dan 30% lebih buruk dari tahun sebelumnya.
Di Eropah, prospek dikaburkan oleh ketinggalan peluncuran vaksin dan penyebaran varian baru. Ini bermaksud “terdapat risiko yang semakin meningkat untuk sektor pelancongan musim panas yang lain” kata Jack Allen-Reynolds di Capital Economics.
Thailand, di mana kira-kira 1/10 penduduk bergantung pada pelancongan untuk mencari rezeki. Syarat yang memerlukan tempoh kuarantin selama dua minggu bagi orang asing di hotel-hotel tertentu, pasti akan mengurangkan kedatangan pelancong. Ya, ekonomi dalam sektor pelancongan di Thailand terjejas teruk, sama seperti pelancongan di Malaysia.
Nampaknya, kesan pandemik Coronavirus masih belum tamat dan mungkin akan mengambil masa lagi setahun. Walaupun di Malaysia dan negara-negara lain akan menerima vaksin, ia masih lagi menjadi tanda tanya, mampukah ia akan menghalang dari wabak Covid-19 berjangkit?
Untuk tahun ini, 2021 pelancong terpaksa membatalkan hasrat untuk melawat keindahan Musim Bunga dunia. Doakan tahun depan InsyaAllah…