Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Crab Hut Asia Cyberjaya Jamu Hidangan Seafood Segar

Restoran Crab Hut Asia, nama restoran pun dah unik. Nampak Ketam kan? Tetapi sebenarnya, bila anda ke sini, ada banyak menu, lebih dari Ketam. Memang restoran ini lain dari restoran Seafood di Malaysia. Ia bukan sahaja sediakan menu yang premium, tetapi di Restoran Crab Hut Asia Cyberjaya, mereka jamu hidangan Seafood yang segar.

Ini adalah restoran yang ketiga buat pemiliknya selepas kejayaan restoran pertama Crab Factory SS2 dan restoran Brolly di Menara Felda Kuala Lumpur. Masih mengekalkan konsep seafood premium yang terbaik untuk hidangan peminat makanan laut di Malaysia.

Baca : Makan Resipi Ketam Sedap Di SS2 Petaling Jaya

 


Crab Hut Asia Cyberjaya Jamu Hidangan Seafood Segar

Restoran Crab Hut Cyberjaya
 

Jika dilihat dalam menu, ada banyak jenis ketam dan udang yang jarang kita dengar. Antara yang menjadi pilihan pengunjung jika ke Crab Hut ini adalah menu makanan Spanner Crab, King Crab, Yabbies, Baby Octopus dan banyak lagi menu yang memang susah untuk anda jumpa di restoran lain, kalau bukan hanya di Crab Hut dan rangkaian restorannya seperti di Crab Factory dan Brolly.

Untuk menu kali ini, MrJocko mencuba beberapa menu utama di sini. Sudah pastu Lobster menjadi pilihan, selain dari Ketam Spanner. Anak-anak MrJocko memang suka dan memang suka dengan menu di Crab Hut Cyberjaya. 

 

Restoran Crab Hut Cyberjaya crab hut cyberjaya review 03 Restoran Crab Hut Cyberjaya menu Restoran Crab Hut Cyberjaya

 

Mungkin ada yang beranggapan bahawa harga kat sini agak mahal. Ya, mahal sedikit dari harga diluar, tetapi jika anda seorang yang suka dengan makanan laut, anda akan tahu betapa harga menu makanan di Crab Hut Cyberjaya, Crab Factory SS2 atau Brolly sebenarnya berbaloi dengan menu yang dihidangkan.

Kenapa MrJocko kata harga makanan di Crab Hut Cyberjaya, Crab Factory SS2 dan Brolly berpatutan?

Jika anda lihat pilihan menu, rangkaian restoran Crab Factory ini menyediakan menu makanan segar dari dapur mereka. Ketam, Yabbies, Lobster dan beberapa menu lain memang di masak dari stock yang masih hidup, bukan dari pilihan sejuk beku seperti restoran lain.

Pilihan menu juga, adalah pilihan makanan laut yang memang di import khas dan jauh dari Malaysia. Ambil contoh, Ketam Spanner dan juga Yabbies. Mungkin anda belum tahu, Yabbies adalah udang yang sangat terkenal di California dan ia memang diimport dari sumber yang segar dan berkualiti.

 

Restoran Crab Hut Cyberjaya crab hut cyberjaya review 10 menu Restoran Crab Hut Cyberjaya crab hut cyberjaya review 12 seafood Restoran Crab Hut Cyberjaya
 

Anda perlu rasa dulu menu makanan di Crab Hut Cyberjaya, Crab Factory SS2 dan juga restoran Brolly di Menara Felda. Kemudian, baru boleh buat nilaian sendiri. Secara peribadi, MrJocko jamin anda akan berpuas hati dari segi layanan, servis, cara masak, portion menu, rasa dan semestinya kesedapan menu makanan laut di sini.

Oleh sebab cara masak di Crab Hut ini dititikberatkan, rasa manis makanan laut dan rasa makanan yang dihidangkan memang terbaik. Kualiti di sini, melebihi rasa masakan Hotel 5 Bintang. Tidak perlu pergi jauh untuk rasa ketam Spanner, Yabbies, Baby Octopus, King Crab dan banyak lagi menu yang susah MrJocko nak sebut, cuma pilih masa sesuai ke Crab Hut Cyberjaya, Crab Factory SS2  atau ke Brolly Menara Felda.

Makanan laut di sini memang agak mahal, tetapi rasa premium yang anda alami akan membuatkan anda tersenyum puas… Berbaloi.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.