Negara Vietnam adalah antara negara yang tak pernah kalah dalam perang, termasuk Perang Dunia Kedua. Walaupun diserang oleh ramai kuasa besar. Ada beberapa faktor tentang kehebatan mereka. Antaranya Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh Bukti Kehebatan Rakyat Vietnam yang dikagumi dunia.
Kalau kita lihat bagaimana saiz fizikal orang Vietnam, agak kecil dan sama dengan kita orang Asia. Tetapi, dari segi semangat dan juga keunikkan Bangsa Vietnam ini membuatkan mereka kental dalam situasi peperangan yang hampir meranapkan seluruh negara Vietnam pada masa dulu.
Baca : Sejarah Tentang Negara Vietnam
Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh
Tahun 2012, MrJocko sudah ke sini dengan wife dan anak-anak. Ketika itu, ia merupakan pengalaman Sejarah Perang Terbaik yang pernah MrJocko alami sendiri di Vietnam. Cu Chi Tunnels memang menyimpan rahsia yang mungkin tak ramai yang tahu situasi sebenar ketika Perang Dunia Kedua http://www.mrjocko.com/2012/02/terbaik-di-cu-chi-tunnels-vietnam.html
Kalau nak tahu, Cu Chi Tunnels ini digali sendiri oleh rakyat dan askar Viet Cong Vietnam untuk bersembunyi ketika perang. Cu Cji Tunnels Ho Chi Minh ini juga digunakan untuk operasi ketenteraan Vietnam termasuk memindahkan informasi, komunikasi, pindah makanan, senjata dan menjadi beberapa lokasi untuk merangka strategi perang dan juga klinik.
Bayangkan di bawahnya terdapat beberapa tingkat yang boleh memuatkan kadang-kadang sehingga puluhan askar dan kelengkapan sokongan ketika perang.
Tiket masuk ke Cu Chi Tunnels Ho Chi Minh ini sekitar VND110000 (RM20). Kalau datang berkumpulan, harga lebih murah. Dan semestinya kalau ambil lagi beberapa pakej yang disediakan, ia lebih murah berbanding beli pakej satu persatu.
Jadi sebaiknya, kalau nak ke sana, plan untuk dapatkan harga pakej dari Travel Agent yang berdaftar. Baik-baik, jangan sampai kena tipu kalau beli dengan pakej yang tidak mengikut aluran yang betul.
Untuk korang yang berani, apa kata cuba sendiri pengalaman masuk ke lubang Cu Chi Tunnels. Rasai sendiri masuk ke lubang gelap di Vietnam ini dan keluar dalam sekitar 20 – 30 meter di hadapan korang.
Kalau dah rasa, mungkin korang boleh lihat bagaimana keadaan askar Viet Cong ketika menghadapai Perang Dunia Kedua dahulu…


Semestinya Cu Chi Tunnels adalah destinasi dan Tempat Menarik di Vietnam yang wajib korang lawati. Bukan untuk sekadar memenuhi masa tetapi kita boleh belajar banyak intipati dari sejarah Cu Chi Tunnels.
Bagaimana rakyat Vietnam yang masa itu tiada kemudahan teknologi yang kuat, kumpulan yang kecil dan punyai kekurangan, tetapi semangat menentang penjajahan yang berlaku keatas negara mereka sehinggakan mereka tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan.
Nak tahu lebih lanjut, semestinya boleh melancong sendiri ke Vietnam. Nak dapatkan pakej murah dan trusted, boleh layari Travel Agent Terbaik di Vietnam ini. http://www.victoriatourism.com.vn