Cuba Steak Di Lanun Steak Uptown Hawkers Damansara
|Antara salah satu makanan kegemaran MrJocko kalau nak makan Western Food ialah di Lanun Steak Uptown Hawkers, Damansara Uptown. Kalau anda pernah ke sana, mesti perasan gerai Western Food Lanun Steak.
Kat sini memang ada banyak pilihan Western Food dari pilihan menu Chicken Chop, Lamp Chop, Beef, Sirloin dan juga ada Mushroom Soup. Boleh pilih untuk di gabungkan dengan pilihan kuah Asli ataupun kuah Black Pepper.
Menu yang MrJocko cuba minggu lepas, Lamb Chop. harganya murah sahaja dan memang berbaloi. Sedap dan semestinya lain kali akan cuba menu Sirloin Steak pulak.
Nak cari lokasi gerai Lanun Steak di Uptown Hawkers Damansara ni mudah sahaja. Anda boleh cari lokasi Uptown Damansara dan kemudian menuju ke lokasi pusat penjaja makanan di Uptown hawkers. Lokasi gerai Lanun Steak terletak di bahagian tengah, dan dekat dengan pintu masuk tengah, sebelah kiri.
Nak lagi mudah, sampai di Uptown Damansara, tanya sahaja orang kat situ, InsyaAllah diorang tahu. Selamat Menjamu Selera yer….
Untuk mencari lokasi hotel murah dan mudah di Kuala Lumpur boleh cari dan tempah di Agoda.com
dulu lagi sedap.. skang daging kadang keras. tak sedap..portion pun sikit.. serious..rindu zaman dulu.. mmg sedap.. sos mushroom die pun sedap.. skarang..haih..
yer ke,,, nanti Jocko bgtau kat owner dia,,, jgn risau