Site icon Travel Blogger Malaysia

Gambar Cubaan Bunuh Diri Terjun Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang

 

Tadi, lepas mandi, masa Buletin Utama nak habis, terdengar satu berita ada cubaan bunuh diri yang berlaku siang tadi di Jambatan Pulau Pinang. Kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang semalam, 8 Mei 2012.

 

Katanya suspek memberhentikan kereta dan cuba untuk terjun, bunuh diri dari jambatan yang tinggi itu. Walau bagaimana pun, beliau dapat di selamatkan oleh orang ramai yang perihatin dan polis yang kebetulan ada di kawasan tersebut. Katanya suspek nak bunuh diri akibat putus cinta. Alahaiii,,, putus cinta pun nak bunuh diri.

Gambar : Harian Metro

Aku dapat la ambik gambar cubaan bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang ni dari Harian Metro. Suspek berjaya di selamatkan, tetapi mungkin di dakwa atas tuduhan ‘Cubaan Membunuh Diri’ di bawah Seksyen 309 dan boleh dikenakan hukuman maksima satu tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

 

Takda kerja, skang dah cari kerja, kena pertuduhan nak bunuh diri pulak. Salah cara, mahu kena penjara.

 

MrJocko.com

Exit mobile version