Mana Nak Cari Cucur UDANG XXL Yang Sedap Di Kuala Lumpur
|Soalan yang mungkin ramai peminat makanan akan tanya, Mana Nak Cari Cucur UDANG XXL Yang Sedap Di Kuala Lumpur. Cucur Udang yang ada udang besar dan rasa yang enak. Kalau ada di area Kuala Lumpur mesti ramai yang berminat nak beli dan merasainya.
Kalau nak tahu, kat ofis aku ada jual cucur udang yang besar ini.
Baca : Harga Cucur Udang Ini Boleh Tahan Berbaloi
Cucur UDANG XXL Yang Sedap
Hari-hari biasa pun, aku memang suka makan UDANG. Tambah lagi bila ada rasa Udang yang sedap, pasti akan mula buka selera untuk makan.
Kalau makanan pula, tambah-tambah aku tengok ada hidangan UDANG dalam makanan aku, sure aku akan try dan cuba lagi. Untuk korang semua, aku nak kongsi cerita sedikit. Yang ini, namanya cucur udang. Kalau kat kampung aku, dipanggil ‘Jeput Udang’. Yang ini, ada rasa cucur udang yang memang sedap. Ia antara menu biasa yang dimasak dan dijual di Cafeteria pejabat aku.
Selalu kita tengok udang saiz kecil atau sederhana sahaja kan? Tapi tak sangka pulak kali ini aku tengok saiz udang-udang dalam CUCUR UDANG ni begitu besar sekali. Udang saiz XXL agaknya. Memang Besar bagak kata member aku dari Melaka. Udang dalam cucur ni, macam size udang galah pulak. Rasanya, kalau gini la, baik dia letak UDANG KARANG atau Lobster sekali dalam Cucur Udang. Hahaha…
Serius, aku jarang jumpa Cucur Udang Saiz Besar macam ni kat Kuala Lumpur. Yang ni jer yang aku penah tengok. Udang size XXL dalam cucur udang yang sedap. Harga? Satu bijik hanya RM0.70, amacam, murah tak?
Korang nak try boleh la jenguk-jenguk menu yang sedap di CAFE ofis aku yer,,,