Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cumulus Inc Cafe Melbourne : Kopi Dan Sarapan Terbaik

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

 

 

Cumulus Inc di Melbourne adalah sebuah cafe yang sangat terkenal ketika waktu sarapan pagi. Selalunya pelanggan tetap di Cumulus Inc cafe ini sanggup datang dari jauh dan juga membuat tempahan awal jika ingin bersarapan di sini kerana tidak mahu kecewa jika tempat penuh.

 

MrJocko boleh dikatakan bertuah sebab sempat singgah di sini dan mencuba menu di Cumulus Inc cafe atas recommendation Tony, wakil Tourism Victoria di Melbourne.

 

 

 

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

 

 

Sedikit info tentang Cumulus Inc cafe Melbourne

Cumulus INC. Eating House dan Bar dibuka pada tahun 2008 dalam kawasan seni dan fesyen terkenal di Flinders Lane, Melbourne. Lokasinya terletak diantara bangunan lama dan kawasan tumpuan di tengah bandaraya Melbourne.

 

Ruang dalaman Cumulus Inc direka oleh Pascale Gomes-McNabb, adalah berkonsepkan cahaya dan klasik. Cumulus Inc dibuka setiap hari, tujuh hari seminggu, sama ada untuk kopi, makanan ringan, minuman atau makan. 

Sarapan pagi sehingga 11:30 menawarkan muesli organik atau menu Inggeris, dengan bacon buatan sendiri dan tomato salai. Untuk menu makan tengah hari dan makan malam, mereka mempunyai banyak menu termasuk hidangan direka untuk berkongsi, charcuterie, tiram shucked, salad dan juga bahu kambing panggang.

 

Cumulus Inc mengambil tempahan untuk kumpulan antara 7 dan 14 tetamu di restoran. Kumpulan yang lebih kecil adalah dialu-alukan untuk walk-in ke lokasi cafe Cumulus Inc.

 

 

 

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

MrJocko sendiri mencuba menu roti bakar dan juga telur separuh masak dengan Expresso dan Latte. Roti ini dibakar dengan sedap dan memang tak pernah MrJocko rasa di mana-mana cafe sebelum ini. Menu English Breakfast ini memang menu pilihan terkenal kalau sarapan di Cumulus Inc Cafe Melbourne.

 

Ada menu lain yang lebih berat seperti menu salmon dan juga bacon. Tapi sejak beberapa hari di Melbourne, dah biasa sangat makan Salmon. Bacon pulak jenis yang memang tak halal, jadi tak boleh la nak makan. 

 

Jangan lupa bila membuat pesanan makanan anda, minta chef sediakan menu Vageterian yer supaya anda lebih yakin yang makanan tersebut halal 🙂

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

Cumulus Inc Cafe Melbourne

 

 

 

 

Cumulus Inc cafe Melbourne memang sangat MrJocko syorkan kepada anda untuk alami suasana sarapan yang tenang, rileks dengan menu makanan sarapan terbaik, khasnya menu English. Kalau ke Melbourne, wajib singgah di Cumulus Inc.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.