Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hotel Review Cuti-Cuti Di Classic Hotel Muar

Semalam, waktu tengahari kami gerak dari Kuala Lumpur. Menjelang petang, kami sampai di Bandar Muar. Destinasi kami, singgah bermalam di Classic Hotel, Muar. Lokasi alamat Classic Hotel ini, terletak di 69, Jalan Ali, 84000, Muar, Johor. 

Sekali lagi penginapan 3 hari 2 malam kami di taja oleh pihak penaja yang bermurah hati untuk memberi kami peluang merasai keselesaan Classic Hotel Muar, Johor ini. Alhamdulillah, rezeki mencurah-curah. Mujur juga MrJocko kerja sendiri, kalau tidak, mesti susah nak dapat cuti :). 

Kami diberi menginap di bilik Superior Deluxe dengan kadar harga semasa sekitar RM145.00++. Selama dua hari, boleh la kami ronda bandar Muar. Nantikan review MrJocko  pasal Hotel Classic ini dan apa yang best dan menarik di Muar, Johor.

Hotel Review : Cuti-Cuti Di Classic Hotel Muar

Untuk info ringkas tentang Hotel Classic Muar ini boleh baca info yang disediakan oleh pihak hotel.

Classic Hotel yang terletak di tengah-tengah Muar, bersebelahan dengan pusat membeli-belah terkenal Muar Wetex Parade, di Jalan Ali. Ia adalah tempat yang terbaik dengan semua kemudahan dan perkhidmatan di Muar, untuk menggembirakan pengunjung termasuk yang arif, dengan semua sentuhan diraja hak untuk membuat anda setiap melawat yang tidak boleh dilupakan.

Classic Hotel mempunyai sebanyak 156 bilik yang baru diubahsuai, restoran dan kolam renang memberi segala-hari-kemudahan. Selain itu, bilik mesyuarat dan kemudahan bankuet kemudahan di hotel ini menyediakan lokasi idea untuk mesyuarat perniagaan anda dan ruang makan peribadi.

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.