Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Cuti-cuti ke Genting – Part 2

Awal pagi Ahad, kitaorg dah ready. Seawal jam 9.30 pagi dah turun ke Goh Tong Jaya, bfast kat kedai mamak EFSAN. Sambil duk pekena teh tarik, roti canai sama mee mamak. Sambil duk layan tester buah Berangan. Seingat aku kat kampung dulu, aku slalu gak goreng buah berangan ni dlm kuali. Beza groeng benda ni cuma buakn dgn minyak masak. Kena goreng pakai pasir kasar. Ni masa aku kat kampung dulu la. Skang dah moden. Aku tgk diorang goreng buah berangan ni dgn batu khas. Kaler itam. Nampak cam arang batu pun ader. Aper pun, buah berangan ni memang sedap. Kalau orang suka makan Kacang, Buah Gajus, Wallnut, aku sure korang suka makan buah berangan. Tp mahal sikit la. 100 gram pun dah RM5.
Bila dah park keta kat Skyway, adik aku, Selan bgtau dia takleh nak turun jemput kitaorg. Nak taknak terpaksa la naik Skyway. Memandangkan skang musim cuti Deepavali, Q utk ke Skyway jer masa aku sampai dah masuk row ke 15. Mak aiii… ingatkan aku dah awal sampai. Nak tak nak terpaksa la… Redah jer…

Agak2 dah longgar kepala lutut aku, baru la dpt masuk ke Skyway Cable Car. Fuh! lama betul nak bleh naik. Dah dapat naik, kitaorang conquer satu cable car lak. Naik berempat jerk. Hehehe,,, puas hati aku.

Sampai atas, aku tgk kabus tgh tebal. Baru terasa sejuk. Tp takder la sampai tahap beku. Destinasi pertama, cari Selan, nak pegi ambik Pass Masuk. Oleh krana dia keja situ, dia dpt la special price. Aku ambik Indoor Theme Park jer. Utk 4 Dewasa dan 2 kanak2, cuma RM64. Ermmm,,, murah tu.

Aper lagi, start dgn Ulat Bulu, Pastu naik Sampan, Feris Wheel, Naik mcm2 la sampai puas. Maklum la, skali skala naik atas.

Puas duk layan mainan, baru la terasa lapar. Lepak jer la kat KFC sambil layan penat, Masing2 duk urut kaki yg dah lenguh. Smua dah surrender nak balik hotel. For sure Q utk balik, lagi panjang dr Q nak naik tadi. So, aku ambik keta adik aku, turun ke Skyway. Aku tinggalkan keta kat sana, aku ambik keta aku trus balik otel sambil bungkus nasi nak makan malam kang…
Blum sempat kul 10mlm, smua dah ngadu ngantuk. Aku sorang jer tinggal tgk bola kat hall. Sambil layan Burger sorang2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.