Cuti Cuti Ke Cameron Highlands Tahun 2009
|Cuti Cuti Ke Cameron Highlands Tahun 2009. Sedar tak sedar, dah lama rupanya MrJocko dan family tak ke Cameron Highlands. Seingat MrJocko dalam simpanan gambar-gambar yang ada, kali terakhir ke sana pada tahun 2009. Lepas tu memang dah lama tak bercuti di Cameron Highlands. Nak kena plan pergi sekali lagi ni sebelum akhir tahun.
Mula-mula MrJocko bercuti ke Cameron Higlands pada tahun 2002 rasanya. Masa tu MrJocko pergi dengan geng-geng rakan sekerja. Maklum la masih bujang. Lepas kahwin, sempat ke Cameron Highlands dan menetap di Strawberry Park sebanyak 2 kali. Tak pernah menginap di hotel lain.
Baca : Tempat-Tempat Menarik di Pahang Darul Makmur
Cuti Cuti Ke Cameron Highlands Tahun 2009
Rasanya memang patut dah bercuti ke Cameron Highlands sebab itu antara lokasi percutian dalam negeri yang sejuk dan dekat dengan Kuala Lumpur. Walaupun sekarang khabarnya Cameron Highlands tidak sesejuk dulu, tetapi ia masih lagi dingin tambah-tambah di waktu malam.
Masa tahun 2009, masih banyak tempat menarik di Cameron Highlands. Antara yang menjadi tumpuan ialah ladang strawberry. Kat sini memang banyak ladang strawberry persendirian. Anda boleh merasai pengalaman sendiri memetik buah strawberry dari pokok dengan kadar harga yang berpatutan.
Tarikan lain sudah pasti banyak pokok bunga yang di tanam di sini. Paling terkenal ialah bunga mawar atau bunga ros. Namun tak ada pulak simpanan MrJocko bergambar dengan bunga ros. Sempat ambil gambar bunga raya ini depan resort. Ia menarik sebab selalunya jenis bunga raya berwarna merah, tetapi ini ada kombinasi warna kuning dan sedikit warna merah.
Mengikut Agoda, Ini 10 Yang Menarik di Cameron Highlands
Ada satu kedai kat Cameron, mereka tanam pokok anggur ni di dalam kedai mereka. Nampak tumbuh segar dan berbuah lebat. Jarang MrJocko lihat pokok buah anggur, tetapi masa ke Cameron Highlands sempat la tengok pokok dan buah anggur ni dengan mata sendiri. Mujur buah anggur ni belum masak, kalau tak, nak juga kami petik…
Dan yang paling terkenal kalau Cuti ke Cameron Highlands ialah pokok Kaktus. Walaupun rasanya pokok kaktus ni MrJocko tengok banyak tumbuh di padang pasir, tetapi kat sini, cuti di Cameron Highlands, banyak pokok kaktus di tanam dan dijual secara komersil. Macam-macam jenis dan macam-macam warna ada kat sini. Harga pun murah sahaja. Kalau dulu pokok kaktus ini boleh dibeli dengan hanya RM10 untuk 7 pokok kaktus. Murah kan?
Nampaknya memang kena pergi lagi ke Cameron Highlands. Anak-anak mesti suka kalau bercuti di tempat sejuk. Lagipun kat sini banyak lagi tempat yang menarik untuk dikunjungi. Harap boleh rancang untuk bercuti ke Cameron Highlands pada bulan Oktober nanti selepas Hari Raya Haji. Kali ni nak explore hotel dan juga lokasi tempat yang menarik yang ada di Cameron Highlands.
Anda ada cadangan apa lagi aktiviti yang menarik di Cameron Highlands?