Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Cuti Cuti Malaysia Aktiviti Memancing Ikan Puyu Di Kampung

Musim Covid-19 ni, kita memang tak dapat nak travel jauh keluar negara. Jadi, musim macam ni, masa terbaik untuk bercuti dalam Malaysia. Alang-alang balik kampung, kita jadi pelancong ditempat sendiri, sokong ekonomi setempat. Ini aktiviti kami, Cuti Cuti Malaysia Aktiviti Memancing Ikan Puyu Di Kampung dengan keluarga.

Ini lokasi biasa Mak memancing kalau dia tak buat apa. Biasanya, satu family akan ke sini saja-saja nak memancing Ikan Puyu dengan menggunakan umpan Cengkerik dan Pancing saiz 10 kaki. Tak pernah mengecewakan, selalu je dapat ikan puyu, haruan dan kadang-kadang ikan keli.

Baca : Buah Rumah Pelan Rumah Banglo 1 Tingkat dan 2 Tingkat

 



 

Cuti Cuti Malaysia Aktiviti Memancing Ikan Puyu Di Kampung

Aktiviti-Memancing-Ikan-Puyu-Di-Kampung-02 copy

Aktiviti-Memancing-Ikan-Puyu-Di-Kampung-01
 

Cerita memancing kami sekeluarga kali ini, ketika kami balik kampung hanya untuk 5 hari. 2 hari, sempat la turun ke sawah hujung padang dekat dengan tanah pusaka arwah ayah, singgah di laluan tali air yang ada untuk memancing ikan puyu dan juga ikan keli.

Sebenarnya sudah banyak kali dah kami sekeluarga turun ke sini dengan saudara mara di kampung untuk sama-sama memancing ikan di tali air. Aktiviti santai waktu petang. Of course seronok, sebab memang akan dapat ikan, walaupun ikan-ikan yang kecil saiznya.
 

Aktiviti-Memancing-Ikan-Puyu-Di-Kampung-03
Ikan Puyu

Aktiviti-Memancing-Ikan-Puyu-Di-Kampung-04

Aktiviti-Memancing-Ikan-Puyu-Di-Kampung-07
 

Biasanya, kami akan turun sekitar jam 5pm selepas Solat Asar. Masa ni, matahari sudah nak turun, masih panas tetapi semakin redup menjelang petang. Tidaklah panas sangat kalau nak mancing ikan di tali air.

Cukup setakat guna umpan cengkerik, senang sahaja kalau nak pancing dapat ikan puyu. Tambah lagi kalau kena dengan lubuk, sejam boleh la dapat dalam 20 ekor hingga 30 ekor. Namun, kalau teruk sangat, biasanya akan dapat bawa balik dalam 5 – 6 ekor ikan puyu.

Tetapi, kalau anda nak mancing haruan, kena rajin casting pakai umpan tiruan atau rapala. Leceh sedikit, tetapi layan kalau peminat casting ni. Tapi, cara casting agak penat tetapi sekali kena memang sangat best bagi kaki pancing.

Baca : Cuti Cuti Malaysia PKP

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.